Loading...

Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan

Loading...
Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan
link : Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan

Baca juga


Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata anggota tentera akan dikerahkan ke beberapa lokasi tumpuan untuk membantu mengawal keselamatan ketika negara itu sedang meningkatkan kawalan keselamatan susulan letupan bom di Manchester yang meragut nyawa 22 orang, termasuk kanak-kanak.

Polis pada Selasa turut menamakan warga Britain Salman Abedi, 22, bertanggungjawab dalam letupan itu, sementara Perdana Menteri Theresa May pula menjangkakan, kejadian serupa boleh berulang dalam masa terdekat.

Sumber keselamatan Amerika Syarikat, memetik kenyataan pegawai perisikan British, memaklumkan Abedi lahir di Manchester manakala ibu bapanya berasal dari Libya.

May berkata, ada kemungkinan Abedi merupakan anggota sebuah kumpulan yang lebih besar, dan mahu tahap keselamatan ditingkatkan, dua minggu menjelang pilihan raya.

BACA: KPT sahkan tiada pelajar Malaysia berada di lokasi insiden letupan

BACA: Serangan Manchester: Polis tahan seorang suspek

Sebuah badan bebas menyarankan ancaman keselamatan dinaikkan dari ‘amat sederhana’ kepada ‘kritikal’, buat kali pertama sejak 2007.

“Ini bermakna ada kemungkinan satu lagi bentuk serangan akan berlaku,” May membuat kenyataan itu dalam satu sidang media khas yang ditayangkan di televisyen.

“Polis bersenjata di lokasi-lokasi tumpuan akan digantikan dengan anggota tentera. Tentera juga mungkin dihantar untuk berkawal di acara-acara tertentu seperti konsert dan acara sukan.”

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande

Pegawai anti keganasan Britain, Mark Rowley berkata, apa sahaja acara hanya akan dibenarkan berlangsung apabila keselamatan orang ramai dapat dipastikan terjamin.

Keputusan untuk menaikkan tahap ancaman dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan masih dijalankan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk kanak-kanak terkorban dan 59 cedera dalam letupan bom sebaik sahaja mereka yang menonton persembahan penyanyi Amerika Syarikat Arianna Grande, beredar dari tempat konsert itu .



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTnpIq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan

Itulah artikel Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/serangan-manchester-pm-britain-kerah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Serangan Manchester: PM Britain kerah tentera ke lokasi tumpuan"

Catat Ulasan

Loading...