Loading...

Serangan resahkan Bicskei

Loading...
Serangan resahkan Bicskei - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Serangan resahkan Bicskei, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Serangan resahkan Bicskei
link : Serangan resahkan Bicskei

Baca juga


Serangan resahkan Bicskei



ARKIB : 04/04/2005
JURULATIH pasukan bola sepak kebangsaan, Bertalan Bicskei risau memikirkan ketumpulan barisan serangan yang mungkin menyebabkan pasukan negara pulang dari Sukan Perpaduan Islam tanpa mampu mengancam pasukan lawan.

Selepas pasukan negara menamatkan persediaan ke sukan itu dengan hanya terdaya menewaskan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi, jurulatih dari Hungary itu kelihatan bingung.

``Saya tidak kisah sangat mengenai pertahanan, mereka bermain baik tetapi barisan serangan tidak berfungsi. Yang paling membimbangkan, saya tidak memiliki penyerang yang berkaliber,'' katanya.

Bicskei mempunyai sebab untuk menyatakan kebimbangannya itu kerana sejak latihan bermula, persediaannya telah dihampakan dengan ketiadaan beberapa pemain pilihan utama kerana pelbagai sebab.

Beliau tidak dapat menampilkan beberapa pemain pertahanan dan penyerang terbaik seperti Khalid Jamlus kerana prestasi yang merosot, Akmal Rizal Rakhili, V. Saravanan, D. Surendran (cedera), Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar dan ketua pasukan Rosdi Talib (komitmen pada kejohanan Piala AFC).

Dalam Sukan Perpaduan Islam yang akan diadakan buat pertama kalinya di Arab Saudi dari 8 hingga 20 April ini, Malaysia telah diundi bersama Pakistan, Maghribi dan Kuwait.

Penyerang Surendran menjadi pemain terakhir tersingkir kerana kecederaan dan kerana itu Bicskei tiada pilihan selain menggugurkannya daripada pasukan yang akan bertolak ke Arab Saudi esok.

``Penyerang-penyerang dalam pasukan sekarang masih muda dan kurang pengalaman tetapi mereka ada menunjukkan sedikit peningkatan,'' katanya.

Malaysia yang menduduki tempat ketiga pada kejohanan Piala Tiger baru-baru ini akan memulakan kempen dalam kejohanan itu menentang Kuwait pada 9 April sebelum bertemu Maghribi pada 11 April dan Pakistan (13 April). - Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rbnXJP
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Serangan resahkan Bicskei

Itulah artikel Serangan resahkan Bicskei Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Serangan resahkan Bicskei dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/serangan-resahkan-bicskei.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Serangan resahkan Bicskei"

Catat Ulasan

Loading...