Loading...

Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas

Loading...
Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas
link : Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas

Baca juga


Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik berirama (gimrama) negara bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai sasaran meraih enam pingat emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung pada 19-30 Ogos ini.

Pengurus pasukan gimrama negara, Farrah Hani Imran berkata segala persiapan kini berjalan dengan baik dan sasaran enam pingat emas itu dilihat realistik jika mengambil kira faktor kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, selaku tuan rumah temasya itu.

“Acara individu menawarkan enam pingat emas manakala dua pingat emas lagi datang daripada acara berkumpulan dan kita sasarkan untuk merangkul enam pingat emas daripada mana-mana lapan pingat yang dipertandingkan.

“Seperti yang semua orang tahu, sesetengah perkara kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku, namun peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri sedikit sebanyak memberikan kami semangat untuk berusaha memberikan yang terbaik bagi memastikan sasaran enam emas itu dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Program Kita Juara 2017 bersama skuad gimrama di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Farrah Hani, yang juga merupakan bekas ratu gimrama negara, menyifatkan bantuan daripada dua pakar dalam arena sukan tersebut sejak Disember tahun lepas telah membantu meningkatkan mutu persembahan atlet.

Beliau berkata, kehadiran dua pakar itu bertujuan bagi menilai tahap kemampuan atlet gimrama negara seterusnya menyediakan satu rutin kompetitif yang sesuai buat setiap atlet mengikut keupayaan masing-masing.

“”Jadi setiap pergerakkan atlet termasuk reaksi wajah sewaktu bertanding ia mempunyai markah dan tugas pakar tersebut adalah untuk mengenal pasti keupayaan setiap atlet supaya mereka mampu beraksi dalam rutin yang sesuai dengan mereka,” ujarnya.

Sebagai rekod, skuad gimrama negara berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu perak pada edisi Sukan SEA 2015 di Singapura. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFhHpT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas

Itulah artikel Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/skuad-gimrama-negara-sasar-enam-pingat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Gimrama Negara Sasar Enam Pingat Emas"

Catat Ulasan

Loading...