Loading...

Skuad muda ke Poland

Loading...
Skuad muda ke Poland - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad muda ke Poland, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad muda ke Poland
link : Skuad muda ke Poland

Baca juga


Skuad muda ke Poland



ARKIB : 22/02/2005

Oleh Amran Mulup
Ibrahim Saad menerima cenderamata daripada Nowak (dua dari kanan) di Kedutaan Poland, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun yang akan menghadapi temasya Sukan Sea di Manila November ini akan menjalani latihan di Poland, Ogos ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, skuad kebangsaan akan menjalani latihan selama 12 hari dengan kelab divisyen dua Poland iaitu Kujawiak Hydorbudowa dari 1 hingga 12 Ogos.

Menurutnya, sepanjang latihan di negara tersebut Persatuan Bola Sepak Poland (PZPN) memberikan persetujuan akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan dan bawah 23 tahun Poland.

Beliau menambah, selain itu skuad negara juga akan mengadakan perlawanan persahabatan ulangan dengan Kujawiak serta beberapa kelab divisyen dua yang lain.

``Pada dasarnya kelab Kujawiak telah bersetuju untuk membenarkan kem latihan diadakan di sana selain PZPN akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan sepanjang tempoh 12 hari di Poland,'' ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan singkat dengan Naib Presiden PZPN, Nowak di Kedutaan Poland di sini, semalam.

Turut hadir ialah Duta Poland di Malaysia, Eugeniusz Sawicki dan pengarah kelab Kujawiak, Wojciech Klatt.

Kelab Kujawiak kini berada di sini menjalani latihan selama dua minggu dan telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan.

Mereka menewaskan skuad kebangsaan bawah 23, 1-0 dan 2-0 serta MPPJ Selangor 3-1.

Mengulas lanjut Ibrahim berkata, latihan yang diadakan Poland adalah atas jemputan kelab Kujiawak.

Ini katanya, adalah sebagai membalas kunjungan kelab tersebut yang dibawa oleh FAM untuk menjalani latihan di Kuala Lumpur selama dua minggu.

Menurutnya, ini adalah pertama kali skuad bola sepak kebangsaan menjalani latihan di Poland.

``Ini adalah sebahagian daripada persiapan skuad bawah 23 bagi menghadapi Sukan Sea di Manila nanti.

``Sepanjang tempoh latihan di sana, jurulatih Bertalan Bicskei akan membentuk pasukan yang mantap selain mengharungi beberapa perlawanan persahabatan,'' ujarnya.

Ibrahim yakin latihan di Poland akan mampu membentuk skuad kebangsaan dalam usaha memburu emas Sukan Sea.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2rMLVsU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad muda ke Poland

Itulah artikel Skuad muda ke Poland Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad muda ke Poland dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/skuad-muda-ke-poland.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skuad muda ke Poland"

Catat Ulasan

Loading...