Tajuk : Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin
link : Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin
Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin
1. 🔴Terjeluak Ketika Berus Gigi Ketika Berpuasa
🔵Tak batal puasa, yg batal usaha supaya terjeluak bukan dgn gosok gigi tapi dgn cara kebiasaan dibuat org supaya muntah.
2. 🔴Qiamullail untuk perempuan haid, supaya xnak terlepas Lailatul Qadar?
🔵Boleh berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.
3. 🔴Letak ubat mata (EYEMO) waktu puasa?
🔵Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian di telan..setakat pahit di tekak saja tidak membatalkan.
4. 🔴Keluar banyak darah ketika berpuasa – cedera?
🔵Tak batal keluar darah luka, melainkan darah haidh dan nifas.
5. 🔴Kalau pakai lipstick batal puasa tak?
🔵Tak batal, kecuali telan lipstick baru batal puasa.
6. 🔴Bekam batal puasa tak ? derma darah ?
🔵Dua2 tak membatalkan puasa, tapi makruh sahaja, jika menyebabkan badan jd lemah.
7. 🔴Hukum telan air liur dan hingus waktu puasa?
🔵Tak batal puasa telan air liur dan hingus yg dah ada dalam mulut.
Batal puasa bila keluarkan air liur dan hingus dari mulut kemudian telan balik.
8. 🔴Batal tak telan air liur basi dgn sengaja di siang hari?
🔵Batal telan yang basi, yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.
9. 🔴Pakai ubat ulser masa berpuasa?
🔵Tertelan tak batal, sengaja telan membatalkan puasa.
10. 🔴1. Korek Hidung Ketika Berpuasa?
2. Hidu Minyak Cap Kapak Ketika Berpuasa?
🔵1. Tak batal puasa
2. Tak batal puasa
11. 🔴Kempen Makanan Di Bulan Puasa?
🔵Makruh kempen makan sedap2 dan lazat dibulan puasa.
12. 🔴Pakai Gigi Palsu Ketika Berpuasa?
🔵Tak batal, melainkan ditelan baru batal.
13. 🔴Terjun Dalam Air Ketika Berpuasa?
🔵Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yg terbuka. Sekadar masuk dalam telinga mulut atau hidung yg bukan batin tidak membatalkan puasa.
14. 🔴Gosok Gigi Ketika Berpuasa?
🔵Makruh menurut pendapat yg muktamad selepas waktu zohor dan harus sampai bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.
15. 🔴Makan Pil Penahan Haid di bulan puasa.
🔵Makruh
16. 🔴Berbuka Puasa Dengan Kekasih (makwe/pakwe)?
🔵Sah, tapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat dan berbual.
17. 🔴Mandi Ketika Berpuasa?
🔵Harus dan jika berlebihan mandi jadi makruh.
18. 🔴Suami Isteri Bermanja Ketka Berpuasa?
🔵Nabi saw harus, manakala kita makruh…kalau menyebabkan keluar mani jadi haram.
19. 🔴Telan Kahak
🔵 Kahak yg keluar dari dalam dada sampai ke mulut kemudian telan balik maka batal puasa. Tak batal telan kahak yg dah ada dlm mulut.
20. 🔴Puasa Dalam Keadaan Tak Mandi Wajib?
🔵Sah puasa dalam keadaan junub.
21. 🔴Berpuasa Tapi Dedah Aurat?
🔵Sah puasa, tapi dosa dapat sebab buat maksiat.
22. 🔴Pakai Contact Lens & Suntikan
🔵Tak batal puasa pakai contact lens. Suntikan yg mengeyangkan pesakit membatalkan puasa.
23. 🔴Telan hingus yang turun ke mulut batal puasa tak?
🔵Batal
24. 🔴Hukum cabut gigi masa puasa
🔵Batal jika telan gigi tu.
25. 🔴Hukum tayang gambar makanan depan orang berpuasa
🔵Makruh
26. 🔴Pakai inhaler athma masa puasa, batal tak?
🔵Batal jika yg disedut itu ialah ain atau jirim, kalau bau sahaja yg masuk melepasi kerongkong tidak batal.
27. 🔴Adakah batal puasa bagi orang yang mencuci darah (dialisis) pada bulan ramadhan?
🔵Tak batal
28. 🔴Termakan masa puasa, batal puasa tak?
🔵Tak batal, jika tak sengaja.
29. 🔴Tengok aurat bukan mahram, pahala puasa kurang tak?
🔵Ya, kurang pahala.
30. 🔴Puasa tapi tak solat?
🔵Sah, tapi tak dapat pahala puasa.
31. 🔴Hukum banyak tidur masa puasa?
🔵Makruh banyak tidur
32. 🔴Hukum berkumur masa puasa?
🔵Sunat berkumur ketika mengambil wuduk dan selepas bersahur.
33. 🔴Hukum sahur awal (malam sebelumnya)?
🔵Harus cuma afdhal lewatkan sahur.
34. 🔴Niat dalam hati nak puasa esok, tapi lupa lafaz niat.
🔵Sah
35. 🔴Lelaki keluar mazi masa mesej2 dengan awek ketika puasa. Sah tak puasa?
🔵Keluar air mazi tidak membatalkan puasa, tapi kurang pahala puasa kerana sengaja buat perkara yg disukai nafsu.
36. 🔴Wanita keluar darah sedikit beberapa minit dari faraj, adakah boleh puasa?
🔵Bukan haidh..ianya istihadah yg tak menghalang ibadah puasa.
37. 🔴Tertelan Ketulan Air Liur Adakah Memb
Sam Son, [28.05.17 09:21]
atalkan Puasa?
🔵Tak batal telan air liur yg ada dalam mulut.
38. 🔴Hukum Memasukkan Air ke Dalam Badan Ketika Puasa?
🔵Kalau masuk melalui ronga terbuka, batal puasa.
39. 🔴Sah Ke Puasa Kalau Mandi Wajib Selepas Subuh?
🔵Sah kerana tidak disyariatkan suci dari hadas janabah bagi orang yang nak berpuasa.
40. 🔴Batal Tak Puasa Kalau Doktor Buat Injection?
🔵Tak batal
41. 🔴Hukum Korek Hidung dan Telinga di Bulan Puasa
🔵Tak batal, yg batal korek sampai ke tulang hidung atau sampai melepasi gegendang telinga.
42. 🔴Adakah Batal Puasa Bila Mimpi Basah?
🔵Tak batal, hanya wajib mandi.
43. 🔴Hukum Muntah Di Siang Hari ketika berpuasa?
🔵Sengaja muntah membatalkan puasa, berdasarkan hadis, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang muntah tanpa disengaja ketika sedang berpuasa, maka ia tidak berkewajiban untuk mengqadha, dan apabila ia sengaja untuk muntah maka hendaknya ia mengqadha.” (HR Abu Daud)
44. 🔴Hukum Tolong Masak Untuk Suami Yang Tak Puasa Ketika Bulan Puasa?
🔵Tak boleh bertolongan dalam perkara dosa sekalipun disuruh oleh suami.
45. 🔴Masa puasa boleh tak pakai earphone yang masuk ke dalam telinga tu (yang masuk dalam lubang sikit)?
🔵Sah puasanya.
Copypaste whatsapp Ustaz Shamsul Bahrin
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saoUQF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin
Anda sedang baca artikel Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/soal-jawab-puasa-bersama-ustaz-shamsul.html
0 Response to "Soal Jawab Puasa Bersama Ustaz Shamsul Bahrin"
Catat Ulasan