Loading...
Tajuk : Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari
link : Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari
Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari
BUKIT MERTAJAM: Menyorok di bawah katil dan bersembunyi di dalam almari antara gelagat sekumpulan pelacur warga asing bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) dalam serbuan di rumah tumpangan, di Jalan Stesen, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 3 petang itu, lapan wanita warga Indonesia berusia 22 hingga 35 tahun itu lari bertempiaran sebaik menyedari anggota penguat kuasa memasuki bangunan dua tingkat premis itu.
Ketua Penguatkuasa JIPP, Khawaja Banthey Navaz Mohamed Haneef berkata, ketika serbuan ada seorang pelanggan lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang baru tiba dari Parit Buntar, Perak untuk menggunakan perkhidmatan wanita berkenaan.
“Lelaki itu cuba menyorok di bawah katil untuk mengelak ditahan namun tindakannya disedari anggota penguat kuasa.
“Ini operasi kedua terhadap premis ini yang menggunakan pekerja wanita warga asing dengan dokumen perjalanannya tamat tempoh, malah ada yang guna kad pengenalan palsu untuk mengaburi mata penguat kuasa,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga menahan pengurus premis berusia 40-an untuk siasatan lanjut.
Semua yang ditahan melakukan kesalahan mengikut Sekyen 15(4), 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Seramai 18 anggota penguat kuasa imigresen terbabit dalam operasi bermula jam 2.30 petang itu.
Khawaja berkata, serbuan itu ekoran susulan maklumat orang awam di kawasan itu yang mendakwa bimbang dengan lambakan warga asing.
“Berikutan itu, kita di JIPP sentiasa turun mengadakan operasi lebih kerap bagi membendung perkara tidak diingini terutama dalam kalangan warga asing yang masuk ke negara ini tanpa dokumen sah,” katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qj5C9P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari
Itulah artikel Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sorok-bawah-katil-sembunyi-dalam-almari.html
0 Response to "Sorok Bawah Katil & Sembunyi Dalam Almari"
Catat Ulasan