Loading...

Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT

Loading...
Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT
link : Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT

Baca juga


Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT


TAIPEI – Mahkamah Agung Taiwan lewat Rabu mengeluarkan keputusan bersejarah yang sekali gus membuka jalan bagi ‘menghalalkan’ perkahwinan sesama jenis di negara tersebut tidak lama lagi.

Panel hakim menyatakan bahawa undang-undang Taiwan yang dilaksanakan ketika ini, iaitu melarang perkahwinan sesama jenis, sebenarnya tidak mengikut perlembagaan digubal Parlimen negara pulau berkenaan sendiri.

Justeru Parlimen diberi waktu dua tahun untuk mengubah undang-undang dan jika peraturan tersebut dipersetujui, Taiwan akan menjadi negara pertama di benua Asia yang secara rasmi mengakui perkahwinan sesama jenis.

Namun, mengapa Taiwan berani mendukung perkahwinan sesama jenis atau disebut juga Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT); sejenis perbuatan terkutuk diamalkan sejak zaman kaum Sodom ketika Nabi Luth AS lagi.

Untuk rekod, Taiwan turut dikenali selama ini di seluruh dunia begitu menjunjung nilai-nilai amalan liberal dan negara itu juga meriah menganjurkan acara tahunan perarakan gay paling besar di luar Amerika Syarikat (AS).

Desakan untuk mengakui hak-hak kaum LGBT mendapat momentum ketika calon liberal, Tsai Ing-wen dipilih sebagai presiden pada pilihan raya tahun lalu. Beliau secara terbuka mendukung perkahwinan sesama jenis.

Isu ini namun masih membelah pandangan masyarakat. Menurut stesen antarabangsa BBC, kelompok agama bertekad menekan Parlimen agar tidak meluluskan undang-undang yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Mereka beralasan untuk masalah sepenting ini, ia tidak cukup ditentukan hanya oleh anggota Parlimen dan mesti pihak pemerintah mendapatkan pandangan seluruh rakyat melalui proses referendum yang lebih menyeluruh.

Sementara itu, kelompok-kelompok yang pro-LGBT berharap Parlimen akan mengeluarkan undang-undang yang tidak hanya mengakui perkahwinan sesama jenis, tetapi juga memberi hak yang sama seperti pasangan suami-isteri.

Hak-hak yang dimaksudkan itu adalah urusan pengambilan anak angkat, tuntutan penjagaan anak dan penetapan waris untuk harta pusaka setelah salah satu daripada pasangan LGBT tersebut meninggal dunia.

Rang undang-undang perkahwinan sesama jenis sudah dimasukkan ke Parlimen namun belum diketahui seberapa cepat usul tersebut ini akan dipersetujui. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qeK56S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT

Itulah artikel Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/taiwan-jadi-negara-pertama-asia-izin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT"

Catat Ulasan

Loading...