Tajuk : Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda
link : Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda
Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda
Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH127 yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di (KLIA) Sepang menuju ke Perth, Australia tidak meneruskan penerbangan kerana sebuah tayar pesawat itu disyaki pecah.
MAS dalam satu kenyataan di dalam Facebook dan Twitternya berkata bagi menjaga keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan untuk tidak terus berlepas.
Oleh itu MH127 akan beroperasi sebagai MH127D dan berlepas dari KLIA pada pukul 7 pagi 22 Mei dan dijangka tiba di Perth pada pukul 12.50 tengah hari pada hari yang sama.
Penerbangan balik, MH126 akan beroperasi sebagai MH126D berlepas dari Perth pada pukul 1.30 tengah hari pada 22 Mei dan tiba di KLIA pada pukul 7.20 malam hari yang sama.
Penumpang yang terlibat telah diberikan penginapan.
“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines sepanjang waktu dan kami kesal dengan ketidakselesaan yang terpaksa diharungi penumpang.
“Syarikat penerbangan akan menyiasat insiden yang berlaku pada pesawat Boeing 738 itu,” kata kenyataan itu. -Bernama
Sumber: MStar
Sumber Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKZRWg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda
Anda sedang baca artikel Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tayar-pecah-penerbangan-kl-perth-ditunda_21.html
0 Response to "Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda"
Catat Ulasan