Loading...
Tajuk : Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo
link : Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo
Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo
KUCHING: Berikutan keputusan pihak Telekom Malaysia yang bersetuju terhadap permintaan kerajaan negeri, Sarawak dijangka bakal menikmati kelajuan tranmisi data empat terabit sesaat (4Tbps) menjelang Jun tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, Telekom Malaysia memberi respons yang sangat baik terhadap permintaannya bagi 2 Tbps, malah meningkatkannya kepada 4 terabit sesaat.
“Saya ingin mengumumkan selepas kenyataan saya pada Persidangan IDECS pada 3 dan 4 April 2017, kini Telekom Malaysia (TM) menyambut baik hasrat Sarawak dan mereka akan meningkatkan kelajuan backhaul bukan sahaja untuk 2 terabit sesaat (2 Tbps) tetapi untuk 4 terabit sesaat (4 Tbps) menjelang Jun tahun ini 2017.
“Terima kasih TM kerana memberi sokongan kepada Sarawak!,” katanya
Beliau membuat pengumumkan itu ketika ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18, di sini semalam.
Menurutnya, kejayaan Ekonomi Digital Sarawak terletak sepenuhnya pada kelajuan dan liputan infrastruktur fizikal kabel dan fiber atau Lebuhraya Digital.
"Untuk kita mencapai sasaran hingga 100 mbps bagi setiap isi rumah, kita perlu pastikan bahawa kelajuan transmisi data mencukupi.
"Kadar kelajuan transmisi data hari ini ialah 1.3 terabit sesaat (1.3 Tbps). Saya umumkan bulan lepas bahawa saya mahu kelajuan ini menjadi 2 terabit sesaat (2 Tbps) bagi menjadikan langkah kita ke arah Ekonomi Digital Sarawak lebih bermakna," ujarnya
Beliau berkata, ketika ini kelajuan purata di Sarawak hanya sehingga 100 megabit sesaat (100 mbgps) setiap isi rumah di kawasan yang padat penduduk dan antara 20 hingga 50 mbps di kawasan taburan penduduk rendah yang mana hanya mencukupi untuk teknologi 4G.
"Dalam masa terdekat, melalui 5,000 menara telekomunikasi yang diperlukan, kita akan beralih kepada teknologi 5G dengan peruntukan spektrum baharu.
“Sarawak ketika ini mempunyai 1,200 menara komunikasi tetapi jumlah itu akan ditambah sehingga 5,000 menara, dan memperuntukkan dana RM1 bilion untuk pembinaan 3,8000 menara lagi,” katanya. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbOk3l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo
Itulah artikel Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/telekom-bersetuju-tingkat-kelajuan-4.html
0 Response to "Telekom Bersetuju Tingkat Kelajuan 4 Terabit Sesaat Pada Jun – Abang Jo"
Catat Ulasan