Loading...

Terengganu belum sedia laksana hudud - MB

Loading...
Terengganu belum sedia laksana hudud - MB - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terengganu belum sedia laksana hudud - MB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terengganu belum sedia laksana hudud - MB
link : Terengganu belum sedia laksana hudud - MB

Baca juga


Terengganu belum sedia laksana hudud - MB

KUALA TERENGGANU: Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).

"Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355, jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan kira-kira 1,500 bungkus bubur lambuk sumbangan sebuah syarikat korporat kepada orang ramai di Masjid Abidin di sini hari ini.

Ahmad Razif mengulas kenyataan Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, semalam.

Ghazali turut berkata Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata kadar jenayah di Terengganu juga kini semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.

"Mungkin itu pandangan peribadi beliau (Ghazali) secara umum terhadap peruntukan yang pernah kerajaan negeri luluskan sebelum ini," katanya.

Terengganu hingga kini masih belum melaksanakan Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJxpF9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Terengganu belum sedia laksana hudud - MB

Itulah artikel Terengganu belum sedia laksana hudud - MB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terengganu belum sedia laksana hudud - MB dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/terengganu-belum-sedia-laksana-hudud-mb_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terengganu belum sedia laksana hudud - MB"

Catat Ulasan

Loading...