Loading...

Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus

Loading...
Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus
link : Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus

Baca juga


Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus

ANTARAPOS.COM



GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang akan membatalkan pembinaan terowong bawah dasar laut yang dicadang oleh kerajaan negeri itu sekiranya kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Kereta Api) Lim Hock Seng berkata pembatalan itu akan dbuat sebagai asas justifikasi kos pembinaan dan penyelenggaraan jambatan yang jauh lebih rendah daripada terowong bawah dasar laut.

“Projek terowong bawah dasar laut (Link Ketiga) yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam kini masih lagi di peringkat kajian kebolehlaksanaan dengan kemajuan kajian telah mencapai 87 peratus,”katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang meminta penjelasan mengenai status pembinaan tiga lebuh raya dan terowong dasar laut yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Lim berkata kajian kebolehlaksaaan terowong itu yang pada awalnya dijangka siap pada Disember 2016 telah diberi pelanjutan masa kepada pihak kontraktor sehingga September 2017.

Pelanjutan masa itu diberi setelah mengambil kira keperluan penyelarasan maklumat kajian yang melibatkan pelan induk projek tebus guna laut di sekitar Bagan Ajam yang belum dimuktamadkan, katanya.

Lim berkata jumlah bayaran kepada semua pihak yang terlibat dalam Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang sehingga kini adalah RM219,987,410 dengan pecahan agihan bayaran masing-masing sebanyak RM208,755,080 kepada Consortium Zenith Construsction Sdn Bhd selaku kontraktor projek dan RM11,232,330 kepada HSS Integrated Sdn Bhd sebagai perunding teknikal projek bebas yang dilantik oleh kerajaan.

“Setakat ini tiada bayaran telah dibuat kepada perunding DEIA (Detailed Environment Impact Assesssment),”katanya.

Projek pembinaan terowong dasar laut itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.–Bernama



Thus Article Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus

Itulah artikel Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/terowong-dasar-laut-akan-dibatal-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus"

Catat Ulasan

Loading...