Loading...
Tajuk : Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut
link : Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut
Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut
KUANTAN - Masalah hubungan radio menjadi faktor utama bot membawa sembilan anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terputus hubungan dengan kapal KD Perdana di Perairan Sedili, Johor kelmarin.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, hubungan radio terputus itu berlaku selepas KD Perdana dan bot berkenaan melakukan operasi menggeledah dan mengusir bot nelayan asing di perairan berkenaan.
“Bot berkenaan tidak mengalami masalah enjin tetapi terputus hubungan radio dan tidak dapat mencari KD Perdana selepas operasi dilakukan.
“Selepas gagal mencari, bot berkenaan kehabisan minyak dan dihanyutkan arus,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini.
Ahmad Kamarulzaman berkata, jarak bot berkenaan ditemukan dari lokasi mula terputus hubungan adalah 108 batu nautika.
“Arus laut pada waktu kejadian adalah ke arah utara dan bot berkenaan telah dibawa arus menghala ke utara,” katanya. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPs1zv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut
Itulah artikel Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/terputus-hubungan-radio-habis-minyak.html
0 Response to "Terputus Hubungan Radio, Habis Minyak Punca Bot Hanyut"
Catat Ulasan