Loading...

Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Loading...
Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh
link : Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Baca juga


Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

ASTRO AWANI


Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh
IDRIS: Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini.
 

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

"Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka (pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.

"Tidak ada perkara sebegitu seperti pelajar perlu membayar lebih daripada itu walaupun di UM (Universiti Malaya), " katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Pelaksanaan Autonomi Universiti Awam 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.

Bagaimanapun, Idris berkata terdapat kursus lain yang bersifat swasta ditawarkan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun kebiasaannya pelajar hanya perlu membayar RM3,000 sahaja.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor di UA akan melalui beberapa peringkat sebelum lantikan dapat dibuat.

Ia termasuk proses pemilihan peringkat awal oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang akan menilai setiap calon berdasarkan kemahiran dan potensi mereka sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan.

"Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) biasanya akan membawa dua atau tiga nama mereka yang layak dan berpotensi kepada menteri.

"Walaupun akhirnya nampak seperti menteri yang memilih tapi ia hanyalah sebahagian daripada proses dan ia memang telus ," katanya.

Menurut Idris, proses penilaian turut dibuat oleh badan-badan korporat dan profesional bagi memastikan hanya calon yang layak dilantik ke jawatan itu. -- BERNAMA



Thus Article Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Itulah artikel Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tiada-kenaikan-yuran-ijazah-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh"

Catat Ulasan

Loading...