Loading...
Tajuk : Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman
link : Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman
Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman
Peminat komik DC di London terpaksa melupakan hasrat bertemu dengan barisan pelakon Wonder Woman selepas produksi Warner Bros mengumumkan pembatalan majlis tayangan perdana filem itu, kelmarin.
Acara permaidani merah filem Wonder Woman yang akan dihadiri pelakon Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright dan pengarah Patty Jenkins sepatutnya berlangsung Rabu depan. Bagaimanapun, tayangan Wonder Woman di pawagam United Kingdom pada 1 Jun ini tidak terjejas.
Wonder Woman mempunyai beberapa perkara istimewa yang membezakannya daripada komik asal selain menjadi filem adiwira wanita pertama 12 tahun selepas Elektra. Ia juga karya pertama dihasilkan menggunakan bajet rendah iaitu RM427 juta (AS$100 juta) oleh pengarah wanita.
Malah, filem itu turut menjadi pengembaraan solo sulung Wonder Woman yang juga puteri Amazon bernama Diana. Menarik mengenai Wonder Woman, penggambaran karya itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan filem dan bukannya teknologi digital. Menjelaskan keputusannya menggunakan kaedah tradisional itu, Patty berkata, filem memberikan kesan lebih menarik berbanding digital.
Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam Wonder Woman, Patty memberitahu, kali pertama mengenali adiwira itu menerusi televisyen ketika usia muda. “Saya mendapati Wonder Woman memiliki ciri-ciri yang diimpikan setiap gadis iaitu gagah, baik hati, menarik, bergaya dan mempunyai kuasa setanding lelaki.
“Pada masa sama, dia turut memperjuangkan kasih sayang dan sedia memaafkan individu yang bermasalah. Oleh itu, saya bangga berpeluang mengarahkan filem mengisahkan adiwira yang memperjuangkan nilai murni,” katanya.
Dalam temu bual berasingan, Pine mendedahkan hampir bogel dalam satu babak Wonder Woman dan menganggap ia kenangan sukar dilupakan. Pelakon berusia 36 tahun itu memaklumkan dia mengambil masa enam bulan menyiapkan diri untuk babak istimewa terbabit.
Selain Wonder Woman, Pine ketika itu turut terbabit dengan penggambaran dua filem iaitu Hell or High Water dan Star Trek Beyond. Filem Wonder Woman bakal menemui penonton di seluruh negara pada 1 Jun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qi5mMY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman
Itulah artikel Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tiada-tayangan-perdana-wonder-woman.html
0 Response to "Tiada Tayangan Perdana Wonder Woman"
Catat Ulasan