Tajuk : Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
link : Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menandatangani petisyen untuk membebaskan musuhnya satu ketika dahulu merupakan satu tindakan yang harus dipuji bagi mencapai keadilan sejagat.
Veteren Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, apa yang dilakukan Dr Mahathir merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa sekatan.
“Namun ada pihak yang melihat beliau (Mahathir) sebagai punca suatu ketika dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
“Kalau beliau fikir Anwar harus dipetisnyenkan dan diberi taraf baru selain dari dipenjarakan ini boleh dilakukan oleh sesiapa pun malah oleh keluarga Anwar sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku jejak Warisan Pembangunan dan Pembangunan Lembangan Sungai Pengkalan Datu Kelantan di Kota Pengkalan Datu Resort (Cerana Villa Resort) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Rais berkara, Dr Mahathir merupakan legasi terdahulu yang mempunyai pendirian tegap (tetap) tentang Anwar.
Namun mungkin kini beliau mahu melihat lembaran baharu dan perkara yang dilakukannya ini dapat dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang.
“Dulu lain, sekarang lain. Saya sukacita dengan tindakan beliau dan apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan untuk mencapai keputusan dan keadilan sebaiknya.
Semalam, Dr Mahathir menandatangi petisyen untuk membebaskan Anwar ketika menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 bersama isterinya di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.
The post Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRLTQc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
Anda sedang baca artikel Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tindakan-dr-m-tandatangan-petisyen.html
0 Response to "Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji"
Catat Ulasan