Loading...
Tajuk : Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi
link : Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi
Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi
Pelakon Nazeera Sardi, 30, mengakui nama dan populariti semakin melonjak menerusi lakonannya dalam drama fenomena, Pembancuh Kopi Mr. Vampire.
Pemilik nama sebenar Siti Nazirah Sardi ini berkata, dia gembira dengan respon penonton yang menyambut baik drama tersebut. Bahkan, ramai peminat kini lebih memanggil nama Nuzul Filzah, wataknya dalam drama 30 episod itu.
Katanya, dia menerima banyak mesej daripada peminat di laman sosial yang rata-rata mendesaknya mendedahkan mengenai jalan cerita seterusnya serta kesudahan drama yang ditayangkan di saluran HyppTv itu.
"Saya gembira kerana drama tersebut dapat sambutan dan saya difahamkan ia jadi drama yang mendapat rating paling tinggi di stesen HyppTV. Saya rasa sebab jalan cerita drama ini menarik, gandingan pun best.
"Impaknya, sekarang ni kalau saya terjumpa dengan peminat, mereka panggil saya nama watak, Nuzul Filzah. Ada antara mereka yang tak tahu pun nama sebenar saya tapi mengenali saya menerusi watak itu.
"Ramai juga yang DM (direct message) saya di laman sosial, mereka teruja dan hendak tahu sangat jalan cerita seterusnya dan kesudahannya drama tersebut," katanya ditemui pada majlis program Ramadan TV3 dan TV9 di ibu negara baru-baru ini.
Karya yang diadaptasi dari novel itu menyaksikan Nazeera bergandingan dengan pelakon Ungku Ismail sebagai watak utama.
Selepas tiga tahun setengah membina nama dalam dunia lakonan, Nazeera dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana perjalanan kariernya berjalan lancar tambahan tawaran pun semakin banyak.
"Saya bermula dengan komersial dan alhamdulillah kini tawaran dan rezeki dalam lakonan makin lama makin positif. Namun saya mengidamkan watak-watak lain seperti watak orang gila.
"Bagi saya bukan mudah untuk bina kerjaa lakonan tambahan saya terpaksa bahagikan masa antara kerjaya dan dalam masa sama saya perlu tumpukan pada pengajian saya. Kelas saya 3 jam, seminggu dua kali. Tapi alhamdulillah setakat ini semuanya lancar," katanya yang kini sedang menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University Pertanian Malaysia (UPM).
Pikat Hati Mak Mertua
Berkongsi perkembangan lain, Nazeera bakal muncul menerusi drama Menantu Bilal mulai 2 Jun depan. Dalam drama tersebut dia bergandingan dengan Amar Asyraf yang melakonkan watak sebagai suaminya.
"Watak kali ini saya sebagai Marlisa dan saya bertutur dalam loghat negeri sembilan. Jalan ceritanya tentang saya dan dua lagi menantu, kami berusaha untuk memikat hati mak mertua kami yang dilakonkan oleh Ellie Suriati.
"Dua lagi menantu, daripada Kedah dan Kelantan. Jadi memang kecoh la apabila kami nak memenangi hati mak mertua kami dan bertutur pula dalam loghat negeri masing-masing," jelasnya.
Disamping itu, Nazeera menjalankan perniaagan akan mengeluarkan koleksi busana jenamanya sendiri, Zeyra by Nazeera Sardi. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba Nazeera menawarkan kolksi baju kurung moden dan kebaya.-malaysiandigest
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJpt5x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi
Itulah artikel Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tuah-jadi-pembancuh-kopi.html
0 Response to "Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi"
Catat Ulasan