Tajuk : Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun
link : Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun
Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun
TUKANG urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan mencabul pelanggan wanitanya berusia 20 tahun, 7 Mei lalu.
Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun
Tertuduh, Ramlee Abdullah, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di Jalan Titiwangsa 13, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, pada 9.30 pagi, 7 Mei lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh diwakili peguam Datin Freda Josephine Gonzales.
Sumber: Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTzQ5m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun
Anda sedang baca artikel Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tukang-urut-54-tahun-didakwa-kerana_25.html
0 Response to "Tukang urut 54 tahun didakwa kerana terlebih urut pelanggan wanita berusia 20 tahun"
Catat Ulasan