Tajuk : “Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa
link : “Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa
“Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan amaran tegas kepada pihak yang mengemukakan komen tidak tepat berhubung isu menukar pemain dan tunggakan gaji pemain melibatkan pasukan bola sepak Kelantan.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata setiap komen atau kenyataan di media sosial perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab berdasarkan fakta yang tepat.
“Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai ‘pro’ tapi mencampakkan profesionalisme mereka dalam longkang.
“Mereka memilih untuk menulis dalam media sosial tanpa ada tanggungjawab untuk memeriksa fakta dan peraturan. Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap,” katanya dalam satu posting di Facebook, Ahad.
Dalam posting itu, beliau turut memuat naik paparan skrin laporan berita tentang Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPro) yang menyifatkan tindakan Kafa menandatangani pemain import baharu tanpa menyelesaikan tunggakan gaji pemain lama sebagai memalukan.
Kenyataan melalui Twitter rasmi FIFPro itu dibuat selepas bekas pemain import Kelantan, Jonathan McKain, juga melalui Twitter menempelak Kafa yang dilihat tidak serius dalam menyelesaikan tunggakan gajinya.
“Sukar dipercayai. Kafa boleh terus menandatangani pemain baharu tanpa menyelesaikan hutang lama. Tindakan ini adalah tidak sopan dan salah,” katanya.
Annuar berkata dalam isu menukar pemain, ia tidak semestinya bermaksud menambah kos.
“Terutama bila pasukan ada perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkaitan dengan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka,” katanya.
Menurut Annuar, tindakan menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki aliran tunai pasukan.
“Ia dibuat dengan mengambil kira ‘cost-benefit analysis’ yang teliti.
“Tutup mulut kalau kamu tak pernah uruskan sebuah pasukan profesional dan tak pernah berada dalam kedudukan bertanggungjawab mendapatkan wang bagi membayar gaji pemain.
“Kalau sekadar tahu ‘makan gaji’ usah berlagak profesional,” katanya.
Seterusnya Annuar turut memberi amaran kepada pemain yang ‘suka bermain Facebook dan Twitter’.
“Mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan adalah satu perlanggaran kontrak.
“Sekiranya itu tidak dihormati pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati terhadap kamu.
“Sebagai penaja kita akan terus membantu pasukan memperbaiki prestasi pasukan yang kami taja terutama pasukan yang sentiasa dicemburui dan sering dianiayai,” tulisnya.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKDuBh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article “Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa
Anda sedang baca artikel “Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tutup-mulut-kalau-sekadar-makan-gaji_77.html
0 Response to "“Tutup mulut, kalau sekadar ‘makan gaji’ usah berlagak pro” – Annuar Musa"
Catat Ulasan