Loading...

“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  

Loading...
“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar   - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  , Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  
link : “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  

Baca juga


“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  

KUALA LUMPUR – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada pihak yang mengeluarkan komen tidak tepat berhubung isu menukar pemain dan tunggakan gaji membabitkan pasukan Kelantan.

Beliau berkata, setiap komen di media sosial perlu dinyatakan berdasarkan fakta yang tepat dan ia perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai ‘pro’ tapi mencampakkan profesionalisme mereka dalam longkang.

“Mereka memilih untuk menulis di media sosial tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memeriksa fakta dan peraturan. Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap,” katanya dalam posting terbaru di akaun facebook miliknya hari ini.

Dalam masa yang sama, Annuar turut mengulas mengenai isu pertukaran pemain sebagai usaha untuk memperbaiki prestasi dan memperbaiki aliran tunai pasukan.

“Ia dibuat dengan mengambil kira ‘cost-benefit analysis’ yang teliti. Tutup mulut kalau kamu tidak pernah uruskan sebuah pasukan profesional dan tak pernah berada di kedudukan bertanggungjawab mendapatkan wang bagi membayar gaji pemain.

“Kalau sekadar tahu ‘makan gaji’ usah berlagak profesional,” katanya.

Dalam posting itu beliau turut memuat naik paparan skrin laporan berita tentang Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FFIPro) .

FFIPro dalam laporan itu menyifatkan tindakan KAFA menandatangani pemain import baharu tanpa menyelesaikan tunggakan gaji pemain lama sebagai memalukan.

Kenyataan FFIPro melalui akaun twitter rasminya dibuat selepas pemain import Kelantan Jonathan McKain menempelak KAFA yang dilihat tidak serius dalam menyelesaikan tunggakan gajinya.

“Sukar dipercayai. KAFA boleh terus menandatangani pemain baharu tanpa menyelesaikan hutang lama. Tindakan ini adalah tidak sopan dan salah,” katanya.

Annuar memberi amaran kepada pemain yang ‘suka bermain Facebook dan Twitter’ dengan mengeluarkan kenyataan.

“Mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai pasukan adalah satu pelanggaran kontrak, sekiranya itu tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati terhadap kamu.

“Sebagai penaja kita akan terus membantu pasukan memperbaiki prestasi pasukan yang kami taja terutama pasukan yang sentiasa dicemburui dan sering dianiayai,” katanya.

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2SEPE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  

Itulah artikel “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar   Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar   dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tutup-mulut-kalau-sekadar-pandai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap” – Annuar  "

Catat Ulasan

Loading...