Tajuk : UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI
link : UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI
UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI
KOTA BHARU – Umno dan BN Kelantan perlu lebih ‘gentleman’ dalam meraih undi masyarakat, bukannya cara ‘pintu belakang’ dengan mencuri pengundi dan sebagainya, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Menurutnya, parti politik yang ada di negeri ini seharusnya menghormati prinsip demokrasi yang digunakan terutamanya dalam menentukan siapakah yang layak mentadbir negara dan sesebuah negeri itu.
“Hormati demokrasi, lawan secara gentleman. Kita (Pas) memerintah Kelantan ini lebih 25 tahun, malah pemilihan adalah melalui demokrasi, bukan pintu belakang. Kalau melalui demokrasi, kita akan terima dan hormati, tapi jika tidak, memang kami tidak akan hormat. Sama juga dengan rakyat,”katanya kepada media, di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan wujud pemindahan pengundi di beberapa kawasan Dun terutamanya di Bukit Panau dan Temangan, bagi memenangkan Umno pada PRU akan datang.
Menurutnya, di Dun Temangan, untuk suku pertama 2017 sahaja hampir 700 pengundi dipindahkan daripada beberapa parlimen di negeri ini, termasuklah Dun Bukit Panau di Tanah Merah melibatkan lebih 1,000 pengundi dipindahkan.
Beliau juga memberitahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih berintegriti dan tidak menjadi alat kepada mana-mana pihak bagi memastikan keputusan PRU akan datang adalah berlandaskan demokrasi yang bersih.
“Kita tidak mahu SPR menjadi alat kepada mana-mana pihak. Kita tahu siapa yang buat, dan majoriti yang dipindahkan itu adalah ahli Umno. Buat masa sekarang ini kita dalam proses bantahan dan seterusnya laporan polis. Kami di pihak Pas sendiri akan melakukan solat hajat dan sebagainya,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQ5lgf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI
Anda sedang baca artikel UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/umno-perlu-lebih-gentleman-jangan-curi.html
0 Response to "UMNO PERLU LEBIH GENTLEMAN, JANGAN CURI PENGUNDI"
Catat Ulasan