Tajuk : US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%
link : US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%
US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%
Laporan kedua pertumbuhan ekonomi US menunjukkan bacaan sebelum ini telah dikaji semula dan dinaikkan kepada 1.2% dari 0.7%. Jangkaan kali ini ialah ia dinaikkan kepada 0.9%.
Data inflasi perhatian The Fed, perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumpton Expenditure) dinaikkan kepada 0.6% dari 0.3% sebelum ini. Komponen pelaburan juga dinaikkan bacaannya daripada 4.3% kepada 4.8%.
Perbelanjaan kerajaan pula masih menjadi penyumbang negatif pada suku pertama walaupun bacaan dinaikkan dari bacaan pertama sebelum ini.
Perdagangan menyumbang sedikit kepada pertumbuhan ekonomi di mana eksport meningkat 5.8% pada suku pertama, walaupun bacaan pertama lebih baik.
Indeks harga GDP pula diturunkan dari 2.3% kepada 2.2%.
Dalam mesyuarat Federal Reserve bulan Mei yang lalu, bank pusat menjangkakan catatan pertumbuhan pada suku pertama adalah lemah dan berpendapat ia hanyalah sementara khususnya oleh faktor musim yang sejak beberapa tahun lalu merekod trend yang serupa.
Dalam konteks ini, data di masa hadapan akan memberi impak yang lebih penting kepada jangkaan The Fed dan pendirian di dalam FOMC. Bacaan yang dinaikkan hari ini akan meningkat keyakinan pasaran buat masa ini.
Selepas sahaja laporan data ini dikeluarkan dengan kajian semula bacaan dinaikkan dari bacaan pertama, US dolar menguat secara keseluruhan dengan Eur/Usd kini telah jatuh hampir 50 pip. Usd/Jpy juga naik sehingga hampir 40 pip.
The post US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2% appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmPkO9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%
Anda sedang baca artikel US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2% dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/us-dolar-menguat-sebaik-saja-laporan.html
0 Response to "US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%"
Catat Ulasan