Tajuk : Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif
link : Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif
Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif
Baru-baru ini Usop, 20, mencetuskan kontroversi apabila dia enggan memberikan nombor telefon kepada pihak media membuatkan dirinya dilabel ‘perasan’ bagus.
Malah, ayat yang terkeluar daripada mulut pemilik nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor ini, dengan meminta pihak media mendapatkan nombor telefon menerusi laman Instagram memberi satu lagi persepsi kurang manis terhadap dirinya yang masih hijau dalam industri muzik.
Memetik laporan BH online, naib juara Mentor Milenia 2017 ini bagaimanaun, memohon maaf kepada wakil media atas kegagalannya memberi kerjasama hingga memberi tempias kepada Hazama selaku mentor.
Memetik laporan Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, mengakui masih baru dalam dunia seni apabila kurang memahami beberapa perkara, sekali gus menimbulkan salah faham kepada pihak lain.
“Abang Hazama meminta saya untuk tidak memberikan nombor kepada orang tidak dikenali bagi mengelakkan masalah. Namun, saya salah tafsiran seterusnya menyukarkan kerja pihak media.
“Jangan pula disebabkan sikap naif saya nama Hazama terpalit sama kerana bukan beliau pencetus kontroversi ini. Semuanya disebabkan silap faham daripada saya.
“Saya bermula dari kosong. Bidang seni adalah satu dunia baharu yang perlu saya pelajari. Saya harap diberikan masa untuk mengenali selok-belok dalam lapangan ini.
“Tidak timbul istilah mendabik dada kerana saya sedar sebagai pendatang baharu tiada ruang untuk saya bersikap bongkak.
“Secara perlahan-lahan saya cuba memperbaiki cara berkomunikasi di hadapan media,” katanya.
The post Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qD0D4P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif
Anda sedang baca artikel Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/usop-minta-maaf-akui-diri-masih-naif.html
0 Response to "Usop Minta Maaf, Akui Diri Masih Naif"
Catat Ulasan