Loading...

V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia

Loading...
V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia
link : V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia

Baca juga


V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mungkin tidak beraksi di Terbuka Indonesia bulan depan ekoran kecederaan yang dialami Wee Kiong ketika membuat persediaan menghadapi kejohanan badminton Piala Sudirman, minggu lepas.

Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan berkata keputusan untuk merehatkan pasangan itu adalah bagi membolehkan Wee Kiong menjalani proses pemulihan dan kembali memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.

“Kita tengok dahulu macam mana keadaan Wee Kiong, kerana masalah lutut ini muncul kadang-kadang terutama jika melakukan latihan yang lasak, bergerak terlalu banyak dan jadi tidak selesa jika melakukan lompatan.

“Buat masa ini, Wee Kiong dibantu oleh pakar fisioterapi untuk program pemulihan. Di harap akan pulih segera untuk kita kembali fokus untuk kejohanan dunia,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.

Gandingan V Shem-Wee Kiong sepatutnya menghadapi dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Indonesia dari 13 hingga 18 Jun ini dan Terbuka Australia dari 20 hingga 25 Jun in, sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia.

Pada aksi Piala Sudirman, skuad negara tewas 3-1 kepada Jepun pada pusingan suku akhir, sekali gus gagal menepati sasaran ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Prestasi tidak konsisten gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sejak kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat sukan badminton negara sehingga timbul cadangan yang mahukan V Shem-Wee Kiong dipisahkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu berkenaan, Jeremy berkata gandingan V Shem dan Wee Kiong tidak mempunyai masalah cuma mereka hilang fokus ketika latihan berikutan beberapa faktor luaran.

“Memang ada sikit terganggu dari segi fokus dalam latihan kerana perlu membuat persiapan perkahwinan (V Shem) tapi mereka tahu membezakan perkara ini. Tapi kebelakangan ini, saya lihat semua sudah kembali pulih dan fokus.

“Apa yang penting kita sudah tahu apa masalah mereka dan juga tekanan yang mereka alami. Saya harap semua peminat dan jurulatih, bukan sahaja bagi tekanan tetapi pada masa yang sama terus menyokong mereka,” katanya.

Untuk rekod, beregu lelaki negara yang pernah menjadi gandingan nombor satu dunia itu kini jatuh ke ranking keenam dunia selepas sekadar mencapai keputusan mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan iaitu Seluruh England (7-12 Mac) , Terbuka India (28 Mac-2 April) dan Terbuka Singapura (11-16 April). – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scGkwj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia

Itulah artikel V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/v-shem-wee-kiong-mungkin-tidak-beraksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "V Shem-Wee Kiong Mungkin Tidak Beraksi Di Terbuka Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...