Loading...

Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air

Loading...
Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air
link : Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air

Baca juga


Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air

NILAI: Velodrom Nasional yang menelan kos pembinaan RM80 juta di sini, dirasmikan lima jaguh berbasikal negara - Datuk Ng Joo Ngan, M. Kumaresan, Rosman Alwi, Josiah Ng dan juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang pada satu majlis penuh gilang gemilang, hari ini.

Majlis perasmian velodrom tertutup pertama di Malaysia dan Asia Tenggara itu turut disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof serta ratusan peminat berbasikal tanah air.

Bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian itu, Khairy memaklumkan program skuad trek negara yang melibatkan 10 pelumba lelaki dan wanita akan dipindahkan ke velodrom berkenaan yang turut menyediakan asrama dalam memastikan ia tidak menjadi projek Gajah Putih.

"Saya turut mengarahkan MSN (Majlis Sukan Negara) bukan sahaja untuk meletakkan program pelapis di sini tetapi juga program Junior Cycling Malaysia akan berpangkalan di sini.

"Arahan saya selepas (berakhirnya) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (pada Ogos ini) mesti ada latihan dan pertandingan pada setiap minggu dan kita jemput semua kelab, persatuan dan mereka yang berminat dalam berbasikal termasuk golongan veteran untuk menggunakan kemudahan di sini," jelasnya.

Khairy berkata pihaknya akan mengadakan hari terbuka trek berbasikal pada setiap minggu yang akan dikendalikan jurulatih pembangunan sukan berbasikal, Graham Seers bagi memastikan peminat berbasikal dapat merasai sendiri pengalaman berbasikal di velodrom berkelas dunia itu.

Velodrom kelas satu berkenaan yang mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bakal menjadi venue acara trek Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September ini.

Velodrom sepanjang 250 meter itu boleh memuatkan sehingga 2,000 penonton termasuk 200 penonton berdiri pada satu masa.

Selain trek velodrom berkenaan yang dibina menggunakan kayu bermutu tinggi iaitu Siberian Spruce, sebuah trek berbasikal BMX turut dibina bersebelahan velodrom itu yang mampu memuatkan 500 penonton pada satu masa .

Velodrom Nasional mula dibina pada Januari 2015 dan diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan pada 20 Mei lepas.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYiQtS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air

Itulah artikel Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/velodrom-nasional-bernilai-rm80-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Velodrom Nasional bernilai RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal tanah air"

Catat Ulasan

Loading...