Loading...

WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Loading...
WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH
link : WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Baca juga


WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Kurang dari seminggu selepas PKR mengeluarkan arahan kepada anggota mereka di Kelantan, hari ini majlis mengangkat sumpah anggota Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) berlangsung tanpa wakil parti berkenaan.

Menurut laporan Harakahdaily, ada tiga tempat disediakan untuk wakil parti itu menganggotai MDPP.

Pelantikan politik untuk mengisi beberapa jawatan dalam kerajaan negeri adalah amalan biasa melibatkan rakan sesebuah parti yang mentadbir negeri.

Pembabitan anggota PKR – biasanya pemimpin di peringkat pertengahan – dalam kerajaan negeri dibuat ekoran kerjasama politik yang wujud antara kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun PAS meluluskan usul menamatkan kerjasama itu – diistilahkan selama ini sebagai tahaluf siyasi – pada muktamar parti berkenaan akhir April lalu.

Ia kemudian diluluskan Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuarat mereka pada 11 Mei lalu.

PKR kemudian membuat ketetapan supaya semua anggotanya menolak atau meletakkan semua jawatan lantikan politik di Kelantan. Arahan itu dikeluarkan pada 16 Mei lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Ada sudah angkat sumpah

Pada masa sama, kedudukan exco PAS di Selangor menjadi perhatian kerana mereka masih menjalankan tugas seperti biasa walaupun kerajaan negeri itu diketuai pimpinan PKR, serta disertai DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menurut Harakahdaily, tiada seorang pun wakil PKR yang dilantik menganggotai MDPP hadir di majlis yang diadakan di Kota Bharu hari ini.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Portal rasmi PAS itu menyatakan, kerajaan Kelantan menyediakan 37 tempat untuk anggota PKR menjadi anggota di 12 pihak berkuasa tempatan di negeri itu.

Bagaimanapun Abdul Fattah memberitahu kerajaan Kelantan belum menerima sebarang surat rasmi mengenai kedudukan anggota PKR di negeri berkenaan.

“Setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dengan pendirian PKR dan berharap mereka dapat terus berkhidmat bersama-sama sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Bagi kami, selagi tidak ada surat rasmi mengenai peletakan jawatan, maka pelantikan itu kekal,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQ2FiX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Itulah artikel WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wakil-pkr-tak-muncul-di-majlis-angkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "WAKIL PKR TAK MUNCUL DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH"

Catat Ulasan

Loading...