Loading...

Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah

Loading...
Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah
link : Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah

Baca juga


Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah

GEORGE TOWN: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Isnin mempersoal kaedah kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mengagihkan rumah kos rendah yang diserah oleh pemaju khususnya agensi persekutuan.

Datuk Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) berkata, baru-baru ini terdapat satu projek seluas enam hektar yang dibangunkan Perda di Teluk Bahang terpaksa menyerahkan 60 unit rumah kos rendah daripada 100 unit yang dibina kepada kerajaan negeri untuk memperoleh kelulusan projek.

"Saya ingin mempersoal bagaimanakah kerajaan negeri ingin menguruskan 60 unit rumah kos rendah itu, sama ada memberi secara percuma kepada rakyat yang memohon atau dijual.

"Sekiranya rumah itu djual, bagaimanakah kerajaan negeri akan menguruskan wang yang diperoleh hasil jualan 60 unit rumah itu," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid yang mencelah perbahasan itu turut mempersoal tujuan kerajaan negeri mengenakan syarat sedemikian terhadap pemaju.

"Mengapa pemaju-pemaju harus menyerahkan sebahagian daripada rumah-rumah kos rendah yang siap dibina itu kepada kerajaan negeri dan bagaimana mereka hendak mengagihkannya," katanya.

Ketika ditemui di luar dewan, Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd, berkata rumah-rumah kos rendah yang bernilai RM42,000 seunit itu baru siap dan kini menunggu sijil kelayakan menduduki.

Beliau berharap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancang Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo dapat menjawab perkara itu ketika sesi penggulungan DUN nanti.

Projek yang dinamakan Pala Place itu dibangunkan oleh Perda di Lot PT 105, Mukim 2, Teluk Bahang, yang melibatkan 100 unit rumah kos rendah, 213 unit kondominium dan hotel 13 tingkat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtrLa8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah

Itulah artikel Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wakil-rakyat-bn-persoal-kaedah-kjaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah"

Catat Ulasan

Loading...