Loading...

Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Loading...
Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?
link : Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Baca juga


Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Sukar menyaman syarikat khidmat teksi dalam talian Uber kerana adanya syarat pengecualian, kata seorang peguam korporat.

Dari segi kontrak, Uber tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu yang buruk terhadap penumpangnya, kata peguam Edwin Lee. — Foto Reuters

“Dari segi kontrak, Uber tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu yang buruk terhadap penumpangnya,” kata Edwin Lee kepada Malay Mail Online.

Beliau mengulas hasrat jurujual Wong Mei Yan yang mendakwa dirompak pemandu Uber pada 21 Mei lalu dan kemudian mengalami keguguran akibat tekanan.

Walau sebelum ini operator pengangkutan awam turut bertanggungjawab berhubung kegiatan kakitangannya, Lee berkata hubungan Uber dengan pemandunya tidak jelas.

Syarikat itu menyifatkan pemandunya sebagai “kontraktor bebas”, namun beberapa mahkamah di negara-negara lain memutuskan Uber sebagai majikan.

“Di Malaysia, kes ini belum ditentukan. Jadi, jika wanita ini membawa kes saman, ia akan memberi peluang mahkamah kita menetapkannya,” kata Lee lagi.

Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dilaporkan mengarahkan Uber menjelaskan proses pengambilan pekerja berhubung kes rompakan itu.

“Kami telah bertanya tentang cara pengambilan pemandu mereka tetapi mereka bangga berkata tapisannya ketat,” kata pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

Polis minggu lalu menahan pemandu tersebut, yang melarikan diri selepas menyamun Wong yang menggunakan khidmat teksi itu dari Bangsar ke Puchong.

Suspek yang berusia 22 tahun dilaporkan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Bercakap kepada akhbar Malay Mail, Syed Hamid juga berkata SPAD tiada mekanisme untuk bertindak.

Beliau berkata proses undang-undang sukar diambil kerana Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 belum diluluskan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAs1QE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Itulah artikel Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/walau-dirompak-wanita-susah-nak-saman_35.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?"

Catat Ulasan

Loading...