Tajuk : Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk
link : Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk
Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk
KOTA TINGGI - Kecoh di media sosial apabila seorang wanita telah memuat naik satu status bersama gambar dan video anaknya yang didakwa sedang sakit dan mempunyai pendarahan hidung tanpa henti.
Perkongsian wanita terbabit yang dikenali sebagai Nurin Diana melalui akaun Facebook miliknya dengan menyatakan seperti berikut;
Ya Allah, Sumpah ibu tak larat, ibu dah lelah dik tengok adik. Setiap hari adik pendarahan, ibu penat dik, ibu dah tak kuatt hadapi macam ni.
Ya Allah, berilah penawarnya. Aku tak sanggup melihatnya. Ibu tahu adik kuatkan? Adik mesti berjuang ya sayang. Ibu akan cari penawarnya. Biarlah ibu berhabis harta, janji adik sihat. Biarlah orang cakap apa pun. Diorang tak rasa apa yang adik rasakan.
Nanti satu hari Tuhan akan turunkan penyakit adik ni dekat dia pulak. Adik, ibu tak kisah pun apa orang nak cakap apa. Yang ibu tahu satu saja. Adik mesti sihat, ibu nak adik sihat saja.
Sehingga kini status wanita terbabit iaitu gambar-gambar dan video-video miliknya telah dikongsi oleh netizen lebih dari 17 ribu perkongsian semenjak dimuat naik 7 jam yang lalu.
Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati mereka dan ramai yang meminta nombor akaun bank wanita terbabit bagi tujuan memberikan derma berupa wang tunai. Malah, ada yang bertanya di mana lokasi wanita ini untuk mereka melawat anaknya itu.
Namun, agak mengejutkan apabila beberapa kenyataan dari netizen yang mengatakan wanita ini hanya menipu semata-mata kerana beliau pernah menularkan cerita yang sama sebelum ini. Manakala, darah yang terdapat di wajah anaknya adalah pewarna sahaja. Tujuan dia berbuat demikian hanya untuk meraih simpati orang ramai bagi mendapatkan bantuan yang mudah.
Namun, sehingga kini tiada kesahihan tentang berita ini. Semoga pihak berwajib akan bertindak melakukan sesuatu demi mendapatkan kebenaran sama ada netizen ditipu atau sebaliknya. Sekiranya wanita terbabit di pihak yang benar, maka tidak salah orang ramai memberikan bantuan tetapi biarlah dengan saluran yang betul. - Koleksi Viral
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNELUw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk
Anda sedang baca artikel Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wanita-didakwa-raih-simpati-netizen_23.html
0 Response to "Wanita Didakwa Raih Simpati Netizen Letak Pewarna Merah Pada Bayinya Seolah Mengalami Pendarahan Yang Teruk"
Catat Ulasan