Tajuk : Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley
link : Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley
Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley
Pengunjung berkongsi gambar kejadian kebakaran di sebuah pasaraya di dalam Mid Valley, Kuala Lumpur menerusi media sosial. (Gambar: Twitter)
Saksi kejadian ternampak seorang wanita pengsan selepas sebuah pasar raya di dalam pusat membeli belah, Mid Valley, Kuala Lumpur terbakar, kira-kira jam 8.24 malam tadi.
Beberapa pengunjung dan saksi kejadian yang berkongsi gambar menerusi laman sosial, Twitter menunjukkan lokasi tersebut terbakar. Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, pihaknya menerima panggilan kecemasan selepas loceng kecemasan di pusat beli-belah itu berbunyi.
Sejurus kemudian sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba Pantai ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati bunyi loceng kecemasan datang dari sebuah pasar raya di dalam pusat beli-belah itu dan terdapat bau asap. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebakaran berlaku di sebuah bilik di tingkat tiga pasar raya terbabit dan anggota berjaya memadamkan kebakaran itu," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCWstE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley
Anda sedang baca artikel Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wanita-pengsan-akibat-kebakaran-pasar.html
0 Response to "Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley"
Catat Ulasan