Tajuk : Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’
link : Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’
Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’
Penyanyi yang semakin melonjak naik namanya, Wany Hasrita, 25, tidak terkesan dengan gelaran ‘artis kampung’ yang dilabel sesetengah pihak terhadap dirinya.
“Jika gelaran itu diberi kepada saya kerana imej saya sebagai penyanyi berhijab, saya berasakan umum harus lebih terbuka sekaligus menghakis pemikiran skeptikal bahawa artis bertudung kampung.
“Dan seandainya gelaran itu mempunyai kaitan dengan genre muzik balada yang diperjuangkan saya atau nyanyian yang mendayu, Alhamdulillah single pertama saya, Menahan Rindu, diterima baik bukan saja peminat luar bandar tetapi juga warga kota.
“Walau bagaimanapun saya tidak kisah apapun gelaran yang ingin diberikan. Paling penting bagi saya, lagu-lagu saya dapat menghiburkan pendengar,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Dalam pada itu, Wany berkata dia masih belajar membiasakan diri dengan kehidupan sebagai artis dan tidak mahu terlalu ambil pusing mengenai kritikan netizen yang berbaur menjatuhkan dirinya
Terus-terang saya masih lagi membiasakan diri dan belajar untuk menerima keadaan yang kini saya adalah selebriti di mana setiap tindak-tanduk saya menjadi perhatian ramai. Kadang itu, rasa janggal bila kemana saja pergi orang menegur dan ingin bergambar. Bukan sombong tetapi saya sebenarnya rasa malu sebabnya belum begitu dapat membiasakan diri
“Sebelum ini misalnya, ada kelompok netizen yang tidak boleh menerima cara saya yang sedikit gila-gila kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab.
“Sedangkan saya sama saja seperti remaja seusia saya selain seorang yang ringkas.
“Pun begitu mana komen yang membina saya ambil. Mana yang berbaur menjatuhkan, saya tidak ambil pusing. Saya senang diterima kerana kesederhaan saya,” katanya
Mengenai perkembangan seni, Wany baru saja melancarkan single tebaharu bersama Tajul Ariff berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu.
The post Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s73Uu2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’
Anda sedang baca artikel Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wany-tak-peduli-digelar-artis-kampung.html
0 Response to "Wany Tak Peduli Digelar ‘Artis Kampung’"
Catat Ulasan