Loading...

Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana

Loading...
Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana
link : Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana

Baca juga


Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana

KUALA LUMPUR – Sempena Ramadan esok, warga kota beragama Islam sudah merencanakan pilihan mereka untuk berbuka puasa yang rata-ratanya mengambil sikap bersederhana.

Ada yang memilih untuk menyediakan sendiri juadah berbuka di rumah, malah ada juga yang gemar berbuka di luar seperti di restoran dan hotel, asalkan tidak membazir.

Pegawai bank, Hamidah Amran, 41, berkata setiap tahun, beliau dan keluarganya lebih selesa berbuka di rumah sahaja dan jarang sekali membeli makanan di luar memandangkan dirinya begitu mementingkan kebersihan.

“Kebiasaannya, saya dan suami akan bergilir-gilir memasak juadah berbuka. Bukan sahaja dapat berjimat-cermat dan kebersihan terjamin malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga,” katanya yang akan menyambut hari pertama puasa di kampung halaman di Kampung Gajah, Perak.

Bagi pegawai kerajaan, Muhammad Khairul Hisyam, 34, pula tidak kisah untuk berbuka puasa sama ada di rumah atau di restoran asalkan baginya, perbelanjaan berbuka puasa tidak melebih-lebih.

“Memandangkan kos perbelanjaan semakin meningkat sekarang, sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada kami sekeluarga untuk berbuka di luar. Namun, jika sekali-sekala teringin untuk berbuka di luar, apa salahnya,” katanya yang juga akan menyambut puasa pertama di kampungnya di Taiping, Perak.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Jalan Masjid India mendapati, hampir kesemua premis sama ada menjual pakaian, aksesori perhiasan diri dan rumah serta makanan mula dipenuhi pengunjung seawal 10 pagi lagi.

Para peniaga di tapak bazar Ramadan di lorong TAR juga sudah mula memasang khemah dan meja masing-masing sebelum memulakan jualan pertama bulan Ramadan pada tahun ini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, sebanyak 405 tapak disediakan untuk aktiviti perniagaan di kawasan terbabit sempena bulan Ramadan kali ini.

“Bagi lorong TAR, tapak bazar akan bermula dari Jalan Bonus 6 (Semua House) hingga ke Kompleks Campbell manakala tapak bazar di Jalan Masjid India bermula dari masjid itu hingga ke Semua House,” kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,485 tapak bazar akan beroperasi di ibu kota sepanjang Ramadan ini dengan kebanyakannya adalah tapak tradisi bazar Ramadan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qndCHr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana

Itulah artikel Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/warga-kota-sambut-puasa-bersederhana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana"

Catat Ulasan

Loading...