Tajuk : Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu
link : Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu
Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu
SEJAK 1991, Somalia bergolak akibat perang saudara. Ia berlarutan hingga kini dengan kewujudan militia Al Shabab yang mengganas, dan telah mengorbankan 4200 nyawa.
Enam juta penduduk Somalia kini kebuluran. Manakala enam juta lagi hidup dalam kemiskinan dan pelbagai krisis di negara yang hampir tiga dekad di ambang kemusnahan.
Selain perang, Somalia juga diancam kebuluran kerana faktor ekuinoks. Kemarau teruk menyebabkan hasil pertanian musnah. Ketika krisis kebuluran 2011, lebih suku juta orang terkorban.
Kini selepas begitu banyak siri serangan Al Syabab yang mengisytiharkan sokongan pada Daesh, Mogadishu menjadi bandar paling berbahaya di dunia. Serangan senjata berat serta siri pengeboman di lokasi awam adalah ancaman di luar kawalan.
Hari ni wartawan TV Alhijrah, Syafik Azman dan empat aktivis Islamic Relief Malaysia (IRM) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, akan terbang dari Turki memasuki Mogadishu.
Suasana Mogadishu tegang hampir setiap hari. Bunyi tembakan di seluruh bandar ini dianggap lazim. Namun, ancaman itu tidak melemahkan semangat IRM untuk terus menghulurkan bantuan kepada rakyat somalia.
“Krisis kebuluran berlarutan disebabkan kemarau berpanjangan. Separuh daripada 12 juta rakyat Somalia kebuluran dan kematian dilaporkan saban hari,” kata Zairulshahfuddin.
Selain enam juta penduduk Somalia, 18 juta penduduk timur Afrika kini turut mengalami krisis kebuluran serius.
IRM menjalankan misi kemanusiaan ke Somalia bagi meninjau secara dekat krisis di wilayah tersebut.
Selain memantau projek kemanusiaan di sana, misi ini juga akan memberi gambaran lebih jelas kepada penderma Malaysia mengenai kerja kemanusiaan yang sedang dan akan dijalankan IRM.
“Misi ini bertujuan mengaudit, memantau dan melihat kaedah terbaik menyalurkan bantuan yang diberikan rakyat Malaysia,” kata Zairulshahfuddin.
IRM bekerjasama dengan Islamic Relief Somalia bagi melaksanakan misi ini. Sejak dilancarkan dua bulan lalu, RM200 ribu sumbangan rakyat Malaysia melalui Tabung Rayuan Krisis Afrika Timur disalurkan membantu mangsa kebuluran di Habsyah, Sudan dan Kenya.
TV Alhijrah juga akan melancarkan edaran Bubur Lambuk Go Global di sekitar Mogadishu. Selain itu, kempen bubur lambuk turut dijalankan di Beirut, London, Cologne, Kerala, Aceh dan Singapura. Laporan harian perjalanan Syafik Azman boleh diikuti di Berita Alhijrah setiap 8.00 malam. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCtsy9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu
Anda sedang baca artikel Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/wartawan-tv-alhijrah-aktivis-masuki.html
0 Response to "Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Masuki Mogadishu"
Catat Ulasan