Tajuk : Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?
link : Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?
Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?
HARI ini kecoh di portal-portal hiburan tempatan dengan berita bahawa wanita yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, dikatakan bakal mengikat tali pertunangan selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.
Yuna, atau Yunalis Zarai, 30, sedang hangat bercinta dengan adik kepada aktor Ashraf Sinclair, iaitu Adam Sinclair sejak setahun lalu.
Segala persiapan majlis tersebut telah diuruskan oleh keluarga mereka di tanah air, namun ibu Yuna dikatakan fokus kepada majlis yang lebih besar: perkahwinan!
Desas desus mengatakan pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 Januari 2018.
Jika benarlah khabar ini, maka ini adalah kali ketiga pasangan sama cantik sama padan ini dispekulasikan untuk membawa hubungan cinta mereka ke fasa yang lebih serius.
Sejak tahun lalu, gosip pertunangan mereka hangat diperkatakan namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua Yuna dan Adam sendiri.
Awalnya, spekulasi tersebut tercetus apabila sekeping gambar menunjukkan mereka memakai pakaian sedondon semasa menghadiri resepsi perkahwinan AG Coco dan Zue viral di media sosial.
Walaupun tidak pernah mengakui secara terbuka tentang hubungan mereka, baru-baru ini Yuna telah memuat naik status di Instagramnya yang berbaur romantis dan dipercayai didedikasikan kepada Adam.
Menerusi kiriman itu, Yuna meluahkan perasaan terharunya atas kehadiran Adam yang sentiasa berada di sisiya sepanjang lima tahun mereka berkawan.
Bagaimanapun,setakat ini, kedua-dua Yuna dan Adam masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang khabar angin ini.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPj7D2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?
Anda sedang baca artikel Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/yuna-adam-sinclair-bakal-tunang-lepas.html
0 Response to "Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?"
Catat Ulasan