Loading...

Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali

Loading...
Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali
link : Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali

Baca juga


Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah memberi peluang kepadanya menjawat jawatan Menteri Penerangan walaupun bukan seorang pemimpin politik yang disegani.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata sikap Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam yang hanya menyerang UMNO dan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan yang beliau seorang yang tidak tahu mengenang budi.

"Kerana UMNO, dia berpeluang menjawat jawatan tertinggi di akhbar arus perdana. Kerana UMNO juga, dia diberi peluang berada dalam Kabinet biarpun bukannya seorang pemimpin politik yang lahir daripada akar umbi UMNO.

"Orang Melayu biasanya sedikit-sebanyak akan tersemat di hati perasaan rendah diri dan tahu berterima kasih apatah lagi kepada parti yang pernah memberi keselesaan hidup kepadanya.

"Sikap mengungkit dan cuba memberi gambaran seolah-olah UMNO dan kerajaan yang ada hari ini tidak pernah berjasa kepada rakyat merupakan satu perbuatan yang tidak wajar," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Faktor umur mungkin buat Zainuddin Maidin terlupa demokrasi UMNO - Armand

BACA: 

Perjuangan UMNO tidak berganjak untuk Melayu, umat Islam - Syed Ali

Syed Ali mengulas tulisan terbaru Zam di sebuah portal yang mendakwa UMNO sudah tiada masa depan lagi kerana jasanya yang tersemat di hati rakyat telah terpadam.

Dalam tulisan tersebut, Zam dipetik sebagai berkata UMNO sedang mengalami zaman keruntuhan di bawah kepimpinan yang sedang menghadapi masalah besar untuk menebus kembali maruah bangsa, agama dan negara.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya masalah Zam dengan UMNO dan Najib, tetapi tindakannya yang berterusan mengecam dan menyerang UMNO merupakan keterlaluan kerana parti itu pernah berjasa kepadanya.

Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, tuduhan Zam kononnya UMNO sedang mengalami zaman keruntuhan hanyalah persepsi yang sarat dengan perasaan marah terhadap parti dan pentadbiran Najib.

"Dakwaan tersebut pada hemat saya tercetus akibat sifat kecewa, sikap ego dan rasa taksub melampau terhadap individu tertentu yang perlu sentiasa dipuja atas kecemerlangannya pada suatu ketika.

"UMNO akan terus kukuh di persada politik tanah air selagi dibarisi pemimpin-pemimpin yang berjiwa kental dan tidak pernah kenal rasa kecewa, dendam dan marah disebabkan agenda peribadi.

"Walapun Zam mendakwa UMNO tiada masa depan, tetapi percayalah, masa depan UMNO akan terus bersinar selagi tidak dibayangi dan dicemari oleh pemimpin yang rakus, tamak dan tidak tahu mengenang budi," tegasnya.

Katanya lagi, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk membuat perbandingan kejayaan seseorang pemimpin tetapi pandangan tersebut sepatutnya dibuat secara jujur dan tidak dipengaruhi sentimen kebencian dan rasa kecewa.

"Berdasarkan kepada tulisan Zam sebelum ini, tergambar sikap amarah dan kekecewaan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu terhadap pentadbiran Najib sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Sebagai seorang yang berpengalaman dalam media arus perdana dan pernah seketika berada dalam jemaah Kabinet kerajaan yang didukung UMNO, sepatutnya Zam lebih berhemah dan bijaksana.

"Saya menasihati Zam supaya kembali melihat kepada realiti politik hari ini yang mana golongan muda merupakan penentu kepada masa depan negara," jelasnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rb9BYc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali

Itulah artikel Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/zam-jangan-jadi-manusia-tidak-tahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zam, jangan jadi manusia tidak tahu kenang budi - Syed Ali"

Catat Ulasan

Loading...