Loading...

10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017

Loading...
10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017
link : 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017

Baca juga


10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017

10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017

Gambar: YouTube TM, Maxis dan U Mobile

Baju raya dah siap, duit raya dah sedia, biskut raya dan buat, lemang dan rendang pun dah sedia tunggu nak makan, tapi tak lengkap setiap kali raya tanpa adanya iklan-iklan raya dari pelbagai organisasi. Sama ada badan kerajaan, badan separa kerajaan, syarikat telekomunikasi, syarikat penerbangan mahupun jenama makanan terkenal, masing-masing tampil memberikan mesej, identiti dan mood raya dalam sebuah iklan raya yang kebanyakkannya berdurasi hampir lima minit. Tahun 2017 ini menyaksikan banyak iklan-iklan raya yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia dan kami telah memilih 10 iklan raya terbaik tahun 2017. Selamat menonton. 

1. Petronas - Donut Ke Karipap

Betul kata Hakim, dunia ni bukan pasal diri kita sorang. Kisah Hakim yang gigih berpuasa penuh walaupun tidak tahan lapar mendapat sokongan dari sahabat-sahabatnya yang bukan beragama Islam untuk berpuasa. Puasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa banyak mengajar kita erti kesabaran, bertanggungjawab, sikap empati dan kasih sayang.

2. TNB - Dugaan Raya Aida

Aksi Aida yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran demi memenuhi permintaan keluarganya begitu mencuit hati kita. Yang adik nak baju macam Yuna, baju hati Ramlah Ram, Jero pun nak baju angkasawan, mampukah Aida menunaikan hajat keluarganya? Paling best, Yuna pun siap kongsi iklan raya ini di media sosialnya.

3. Maxis - Wayang Sayang

Lakonan Beto Kusyairy tidak pernah sekali pun mengecewakan kita. Kali ini Maxis membawakan kisah Wayang Sayang, kisah sepasang suami isteri yang hidup bersama dalam rasa terpaksa dan hanya bermain bermain wayang untuk memuaskan hati orang di sekelilinya. Namun, satu benda dari arwah bapanya, mengubah hubungan mereka sepenuhnya. 

4. KFC - Joget Abah

Tradisi yang diamalkan, haruslah diikuti biarpun makan bertahun-tahun. Dari bapa turun ke anak, tradisi itu amat berharga dan akan dikenang sentiasa. 1001 rasa muncul apabila menonton video ini. Cukup rasa kelakar, sedih dan sarat mesej. Terus buat kami rasa nak hidang ayam KFC pagi raya nanti. 

5. TM - Keajaiban Ramadan

Misteri Kampung Batu 311 akhrnya terbongkar apabila rahsia baTMan telah diketahui. Iklan raya ini juga sarat rasa sayu, kelakar serta mengajar kita erti keakraban dan persaudaraan yang seharusnya dieratkan. 

6. Digi - Kasih Sayang Duit Raya Terbaik

Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami situasi yang sama seperti Rizal, namun beg kita taklah jadi besar. Iklan Raya Digi ini boleh terjadi pada kehidupan seharian kita namun tahukah anda, tolak tepi segala hal kebendaan, kasih sayang itulah anugerah dan nikmat terbesar yang boleh kita beri pada seseorang. 

7. Astro - Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah

Dari Hati Ayah merupakan sebuah bingkisan dari kisah benar seorang ayah, Adli, 52 tahun yang dianugerahkan seorang anak autism sehingga terpaksa berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan pada Luqman, 18 tahun. Kerana rasa sayang dan tanggungjawabnya, membuatkan Adli membuka sebuah kafe khas untuk anak-anak autism bagi membantu mereka.  

8. Nando’s – 3 soalan lazim ditanya di hari raya

Inilah 3 soalan paling kerappppp ditanya apabila tiba musim raya. Penampilan Iedil Putra selaku penyanyi utama juga sangat mencuit hati. Bijaknya Nando's, mereka memberikan kita jawapan yang kelakar untuk kita gunakan sebagai perisai keselamatan jika soalan-soalan ini ditanya tahun ini. Good luck!




9. U Mobile - Maafkan Kami

Patutnya dah lama U Mobile keluarkan iklan Maafkan Kami ni. Kepada semua bekas-bekas pelanggan dan syarikat telekomunikasi yang lain, maafkanlah U Mobile. Siap Kyoto Protocol yang dendangkan ni, terharu juga kami.

10. Malaysia Airlines - #RayaAroundTheWorld

Perjalanan Juruterbang MAS, Kapten Zakir yang telah membawa penumpang merentasi benua membuatkan kami sebak. Mesej yang mendalam juga disampaikan apabila masyarakat Islam di seluruh dunia meriah menyambut Aidilfitri walaupun berbeza adat dan tradisi. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTxU0j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017

Itulah artikel 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/10-iklan-raya-paling-best-dan-sarat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017"

Catat Ulasan

Loading...