Loading...

100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

Loading...
100 AES dipasang seluruh negara tahun depan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan
link : 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

Baca juga


100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
 
Aziz berkata AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan memandangkan ia merupakan sistem penguatkuasaan sepanjang masa selama 24 jam.
 
"AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, di sini, hari ini.
 
Menurut Ahli Parlimen Sri Gading itu, terdapat kira-kira 50 AES yang sudah dipasang di seluruh negara setakat ini.
 
Beliau berkata saranan mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 merupakan satucabaran kepada negara kerana Malaysia merupakan satu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.
 
"Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalangan jadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) merupakan kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu," katanya.
 
Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati para pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
 
Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.
 
 


Thus Article 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

Itulah artikel 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/100-aes-dipasang-seluruh-negara-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "100 AES dipasang seluruh negara tahun depan"

Catat Ulasan

Loading...