Loading...

11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

Loading...
11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung
link : 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

Baca juga


11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

Bagi yang memiliki kereta pastinya sudah terbiasa dengan servis kereta setiap kali tiba waktunya, atau pun ketika perjanan jauh. Ia bagi memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik, dan tidak mengalami masalah di pertengahan jalan.

Bukan itu sahaja, dalam musim perayaan yang bakal kunjung tiba, ramai di antra kita akan menghantar kenderaan untuk di servis, jadi ada beberapa perkara atau komponen penting yang seharusnya diketahui untuk di servis.

Menerusi perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah, terdapat 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh dilakukan sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Jom kita buat ‘checklist’ sikit apa yang perlu dilakukan.

Raya dah tinggal beberapa hari saja lagi. Semua dah sibuk siapkan persediaan untuk beraya. Dari kuih raya, baju raya sampailah ke rumah raya. Beraya sakanlah katakan.

Tapi bagi yang akan pulang beraya ke kampung halaman dengan memandu kenderaan sendiri nanti, dah buat pemeriksaan kereta ke belum?

Pemeriksaan kereta ni penting untuk pastikan kereta kita di dalam keadaan yang baik dan selamat. Bukannya apa, supaya raya nanti kita dapat elakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini. Perjalanan yang selamat bermula dari rumah.

Di sini abang sediakan checklist 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh kau buat sebelum pulang beraya nanti. Abang galakkan untuk kau klik butang share supaya dapat dikongsikan bersama teman-teman alam maya yang lain. Sebarkan benda yang baik. Jangan plagiat sudahlah, menitis air mata ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Silalah baca dan periksa kenderaan kita ya.

1. Minyak enjin 

Periksa minyak enjin kereta sebelum enjin dihidupkan. Pastikan minyak tu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ dipstick. Jika dibawah paras ‘min’, kau tambahlah sedikit minyak tu.

2. Minyak brek 

Perlu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ juga. Tambah minyak brek jika berkurangan dan buat pemeriksaan dengan menekan pedal brek. Jika kurang tekanan di pedal brek, perlulah dibawa ke bengkel untuk periksa sebarang kebocoran atau lakukan proses bleeding untuk mengeluarkan angin berlebihan di dalam system hidraulik brek.

3. Minyak transmisi (gear) 

Pastikan ianya mencukupi. Pemeriksaannya bergantung kepada keadaan sejuk dan ketika enjin dihidupkan. Jika keadaan sejuk, tahap minyak perlu berada di garisan ‘cold’ manakala jika keadaan enjin dihidupkan, ianya perlu berada di tahap garisan ‘hot’ dipstick. Jika kurang, tambahlah minyak transmisi ikut jenis kenderaan.

4. Minyak stereng kuasa 

Stereng kereta juga mempunyai sistem hidraulik, maka minyak ini amat penting untuk memastikan kelancaran pemanduan stereng. Sila periksa agar ianya berada di atas paras minimum.

5. Tali sawat 

Sila periksa keadaan semua tali sawat di enjin kereta. Pastikan ianya tidak merekah, berbulu ataupun kelihatan hamper putus. Seeloknya tali-tali sawat ini ditukar pada setiap 100,000km.
6. Bateri 
Boleh periksa keadaan bateri dengan membaca tanda ‘indicator’ di bateri jika ianya sel kering. Selain itu, boleh juga dibawa ke kedai bateri kereta untuk mengujinya dengan menggunakan alat penguji. Bagi bateri sel basah, sila pastikan paras air bateri mencukupi.

7. Coolant radiator 

Sila periksa radiator kenderaan dan pastikan tahap bendalir ‘coolant’ mencukupi. Ianya untuk mengelakkan suhu kereta melampau ketika perjalanan yang jauh. Seeloknya gunakan bendalir coolant yang disyorkan mengikut jenis kereta. Elakkan daripada mengisinya dengan air paip.

8. Penghawa dingin 

Hidupkan enjin dan penghawa dingin. Pastikan suhunya sejuk dan alirannya lancar. Anda boleh bersihkan penapis yang berada dibawah kotak dashboard anda sendiri. Jika suhunya kurang sejuk, sila tambahkan gas yang mencukupi di kedai penghawa dingin kereta.

9. Pengelap cermin 

Seeloknya tukarlah pengelap cermin bagi memastikan pemandangan kita jelas ketika memandu di waktu hujan. Boleh juga menggunakan bendalir pencuci cermin yang baik untuk diisikan ke dalam kotak bendalir pemancur cermin bagi membantu mendapatkan pemandangan yang lebih baik.

10. Tayar 

Ini antara aspek yang perlu di ambil berat. Pastikan angin tayar mencukupi sebelum memuatkan kenderaan dengan barangan dan keluarga anda. 
Anda boleh juga mengunjungi ke kedai tayar untuk memeriksa ‘alignment’ dan ‘balancing’ tayar anda di dalam keadaan yang baik. Periksa bunga tayar untuk pastikan ianya tidak botak. Buat pertukaran tayar depan dan belakang jika perlu.

11. Petrol 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2splSdA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

Itulah artikel 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/11-checklist-aspek-pemeriksaan-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung"

Catat Ulasan

Loading...