Loading...

19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?

Loading...
19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?
link : 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?

Baca juga


19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?

Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya di setiap negara seluruh dunia. Rasanya undang-undang negara kita tiada yang pelik, semuanya munasabah dan ada alasan konkrit mengapa ia dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, memang wujud undang-undang jalan raya yang pelik di sesebuah negara. Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada. Senarai di bawah ialah beberapa perlakuan pemandu yang dianggap salah jika dibuat di negara tersebut. Kalau masih degil, terimalah saman!

1. Australia

Membiarkan kunci di suis penghidup tanpa berada dekat kenderaan – Mungkin banyak kecurian kat sana.

2. China

Beri laluan kepada pejalan kaki melintas jalan – Orang melintas pula yang kena bagi laluan. Haru!

3. Cyprus

Minum semasa memandu – Ini terpakai untuk semua jenis minuman, bukan arak sahaja. Itulah siapa suruh tak bungkus air ikat tepi.

4. Denmark

Menghidupkan kenderaan tanpa memeriksa lampu, brek, stereng dan hon. Anda juga mesti keluar melihat sekeliling kereta bagi memastikan tiada kanak-kanak menyorok atau bermain berhampiran – Dah macam kat sekolah memandu.

5. Finland

Bermain muzik dalam teksi tanpa lesen yang sesuai – Macam zaman Jepun pula nak dengar radio kena ada lesen.

6. Perancis

Tidak bawa kit uji paras alkohol – Nampak sangat orang Perancis kuat minum.

7. Iran

Kuatkan radio, pemandu wanita berpakaian tidak elok atau kurang sopan, membawa binatang peliharaan – Elok juga. Kurang sikit eksiden sebab nampak awek seksi.

8. Itali

Memandu melewati zon bersejarah tanpa permit khas – Ini patut disokong. Kurangkan pencemaran di kawasan bersejarah.

9. Jepun

Melanggar lopak air atau selut hingga terkena pejalan kaki – Setuju. Kalau di Malaysia memang keraplah saman keluar setiap kali musim hujan.

10. Korea Utara

Wanita menunggang basikal – Jenuh fikir sebab apa tak boleh. Basikal je kot.

11. Rusia

Memandu kenderaan kotor – Boleh fikir buka car wash kat sana.

12. Arab Saudi

Wanita memandu – Pun jenuh fikir sebab apa tidak boleh. Masih tak faham.

13. Afrika Selatan

Tidak berhenti ketika pengembala beri isyarat mahu melintas dengan haiwan ternakan mereka – Hidup pengembala!

14. Sepanyol

Memandu tanpa ekstra cermin mata dalam kereta – Ingat tayar saja ada spare. Cermin mata pun sama.

15. Switzerland

Cuci kereta pada Ahad – Bagus juga. Boleh jimat air dan galakkan cuci sendiri.

16. Thailand

Memandu tanpa berbaju – Mungkin sebelum ini orang Siam selalu berlenggeng saja sambil bawa kereta.

17. Turki

Tiada peranti reflektif, pemadam api dan kit kecemasan dalam kereta – Ini terbaik. Kalau jadi apa-apa tak payah nak pinjam drebar sebelah.

18. Britain

Bawa binatang berpenyakit dan mayat dalam teksi – Peh, mesti ada kes bawa mayat dalam teksi sebelum ini.

19. Malaysia

Tidak masuk lorong kecemasan ketika lalu lintas sesak – Hehehe. Ini gurau saja. Jangan nak serius pula!

sumber: taikotai



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sHJSqY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?

Itulah artikel 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/19-peraturan-lalu-lintas-pelik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Tersenarai?"

Catat Ulasan

Loading...