Loading...

1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin

Loading...
1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin
link : 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin

Baca juga


1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin

 MALAYSIA DATELINE

Azmin Ali PKR

Timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa semua wakil rakyat tanpa mengira parti bersatu dalam menyatakan pendirian berhubung pendedahan terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Khamis lalu, DoJ memberitahu siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) telah berlaku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menyeru kepada semua wakil rakyat tanpa mengira pertalian politik, gabungan atau parti agar menyatakan pendirian bersama dengan pendedahan terkini berpandukan sumpah sebagai ahli Parlimen dan menggesa kleptokrat, sesiapa dan di mana sahaja mereka berada, dibawa ke muka pengadilan," kata Azmin dalam satu kenyataan.

DoJ menfailkan saman sivil terkini untuk untuk merampas AS$540 juta dalam aset yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB.

Ini adalah penyitaan ketiga dimulakan DoJ, menjadikan jumlah yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB kepada AS$4.5 bilion.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, mana-mana pihak yang dituduh melakukan salah laku wajar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

"Dengan mana-mana standard asas demokrasi, sesiapa dicemar dengan sebarang skandal besar akan disiasat manakala sesiapa yang memegang jawatan awam perlu digantung sementara menunggu siasatan diselesaikan," katanya.

DoJ dalam samannya berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DOJ pada tahun lalu adalah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azmin turut membidas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kerana mengatakan saman DOJ terkini semata-mata perkara sivil.

"Adalah diketahui umum pelucutan hak harta itu dalam kes ini adalah sebahagian daripada siasatan jenayah yang berterusan terhadap pelanggaran undang-undang Amerika Syarikat.

"Aset yang hendak disita DOJ disyaki diperoleh daripada hasil kegiatan jenayah dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa bagi membersihkan wang yang dicuri daripada 1MDB," katanya.

Azmin berkata logik KPN, jika digunakan dalam negara, sama serius dengan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Justeru beliau mengingatkan wakil rakyat bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk memenuhi amanah rakyat, berkhidmat kepada negara dan melindungi kekayaan, dan tidak merompak atau membenarkan orang lain berbuat demikian dengan sewenang-wenangnya



Thus Article 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin

Itulah artikel 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/1mdb-wakil-rakyat-kena-bersatu-bawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1MDB: Wakil rakyat kena bersatu bawa pesalah ke muka pengadilan, kata Azmin"

Catat Ulasan

Loading...