Loading...

3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Loading...
3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya
link : 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Baca juga


3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya

PULANG ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti sudah tentu menjadi kebiasaan orang ramai terutamanya umat Islam yang mencari rezeki jauh daripada keluarga.

Pastinya pelbagai persediaan diatur termasuk pembelian tiket bas atau sebarang pengangkutan awam bagi memastikan sambutan Aidilfitri disambut bersama keluarga.

Disebalik perancangan itu, ada yang kurang bernasib baik apabila gagal mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung halaman.

Menerusi perkongsian Hana Humaira di laman Facebook Komuniti Kuantan, dia meminta jasa baik warga Kuantan, Pahang untuk menumpangkan dia tiga beranak pulang ke Kelantan.

“Mohon jasa baik warga kuantan.. kami hendak tumpang ke Kelantan.. nak balik raya … kami 3 beranak.. kami bayar.. demi ayah dan bonda di kampung .. ticket sudah abis.. mohon jasa baik,” tulisnya.

Entri tersebut dikongsikan lebih 60 kali dan mendapat ratusan komen daripada pengguna Facebook.

Ramai bersimpati terhadap luahan Mohd Azhar Abdullah, 32, dan Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, termasuk mencadangkan beberapa bantuan bagi mempermudahkan urusan tiga beranak itu.

Media tempatan melaporkan Azhar yang bekerja sebagai mengambil upah memotong rumput terpaksa meminta bantuan kerana kekangan kewangan susulan bayaran upah yang tidak menentu, selain keadaan isterinya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak masih kecil.

“Upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan,” katanya.

Dugaan buat keluarga ini apabila kereta yang digunakan untuk pulang ke kampung rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Menurutnya, dengan keadaan isteri dan anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mertuanya di Kampung Kubang Bulat, Pasir Puteh dengan menaiki bas, namun sudah kehabisan tiket.

Jelasnya, dia bukan mahu meminta bantuan kewangan tetapi hanya mahu dibantu dari segi pengangkutan balik ke kampung.

Hasrat tiga beranak untuk merasai kemeriahan menyambut Syawal di kampung, akhirnya tertunai apabila seorang rakan lamanya yang terputus hubungan selama beberapa tahun tampil menghulurkan bantuan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLUgeY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Itulah artikel 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/3-beranak-nekad-tumpang-belakang-lori.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "3 Beranak Nekad Tumpang Belakang Lori Balik Raya"

Catat Ulasan

Loading...