Loading...

3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi

Loading...
3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi
link : 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi

Baca juga


3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi ditahan di sebuah hotel bajet di Mutiara Rini, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata pihaknya yang bertindak atas maklumat, menyerbu hotel berkenaan pada pukul 8 pagi serta berjaya menangkap ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun.

“Pihak kami turut merampas pelbagai barang kes yang dijumpai di atas dan di bawah tilam,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara barang rampasan termasuk pemotong besi, lampu picit, playar, pemutar skru, pisau lipat, powerbank, telefon bimbit dan satu unit kunci beserta alat kawalan jauh.

Turut dirampas beg sandang, beg dompet wanita, lima keping kad bank, sim kad Singapura, wang tunai 27 dolar Singapura, wang tunai RM50, sekeping resit menjual emas dan beberapa dokumen peribadi dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata hasil semakan rekod jenayah mendapati dua dari tiga suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang terlibat dalam kes jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah sejak awal tahun ini dan dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sebanyak tujuh kes pecah rumah di sekitar kawasan Johor Bahru Utara dan Iskandar Puteri,” kata Noor Hashim.

Modus operandi suspek adalah menyasarkan kawasan perumahan pangsapuri dengan memecah masuk ke dalam rumah ketika mangsa sedang tidur dengan mengumpil tingkap ruang tamu dan membawa lari barang berharga kemudian keluar melalui jalan yang sama, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehinga lima tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Selain itu, bagi kesalahan kedua penjara boleh sampai 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIjDA4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi

Itulah artikel 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/3-lelaki-ditahan-disyaki-terlibat-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "3 Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah & Curi"

Catat Ulasan

Loading...