Loading...

5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

Loading...
5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas
link : 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

Baca juga


5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas


KUALA LUMPUR – Polis menahan lima orang termasuk dua wanita dan merampas 206 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai hampir RM1 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu dikendalikan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bermula 6.40 pagi hingga 10 malam.

Ia melibatkan serbuan di tiga kawasan perumahan di Taman TTDI Grove, Kajang serta Taman Sentosa dan Kampung Sungai Udang di Klang.

Semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur antara 30 dan 47 tahun, direman enam hari hingga 13 Jun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai bernilai RM9,000 dan tiga kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata ganja itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke seluruh negara ini.

“Polis percaya mereka ini merupakan saki-baki anggota sindiket yang pernah ditumpaskan pada Mac tahun lepas di Sungai Petani, Kedah melibatkan rampasan dadah jenis ganja dengan berat lebih satu tan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM111.98 juta dirampas dalam enam bulan pertama tahun ini dengan penahanan 78,767 orang termasuk 3,497 warga asing berkaitan kes dadah. – BERNAMA


Thus Article 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

Itulah artikel 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/5-ditahan-ganja-hampir-rm1-juta-dirampas_10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas"

Catat Ulasan

Loading...