Loading...

5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya

Loading...
5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya
link : 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya

Baca juga


5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya

Seorang wanita Siam yang menggelar dirinya “Madame” dan mendakwa pernah berdating dengan 5,000 lelaki asing menjadi buah mulut wanita Thailand kerana menawarkan harga yang tinggi untuk kelas menggoda lelaki kaya.

Wanita itu membuka laman Facebook Praiya Suriya dan kini sudah mempunyai 38,041 pengikut.

“Madame” menawarkan kursus berharga 6,300 Baht (RM796) dan menjamin bahawa mereka yang mengambil kursus itu pasti akan berkahwin dengan lelaki asing atau orang Arab yang kaya.

Pun begitu, tidak semua wanita Thailand gembira dengan perkhidmatan “Madame”.

Aktivis terkenal dengan hak wanita seperti bekas senator, Rabiebrat Pongpanit dan Leena Jungjunya menyelar perbuatan “Madame” yang disifatkan mencalar imej wanita Siam.

“Madame” memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas pelajar yang pernah menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negara.

Dia mendakwa telah “berjuang melalui segala-galanya” dan menderita akibat putus cinta dan pelbagai masalah lain.

Katanya, dia memulakan projeknya kerana mahu mengambil bahagian dalam ‘membangunkan’ masyarakat Thailand.

“Madame” berkata, dia akan berkongsi pengalamannya dengan wanita Thailand tentang cara mencari lelaki yang benar-benar kaya atau lelaki Arab supaya mereka tidak membuang masa dengan kegagalan bercinta.

“Keluarga kita mesti hidup dan makan dengan baik. Kita mesti gembira dan memberikan cinta kepada semua. Kita mesti menjadi kaya,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, nasihat yang diberikannya akan mengelakkan wanita Thailand daripada “dipergunakan secara percuma”.

Dia mendakwa berkebolehan mengimbas perbualan lelaki asing kurang dari 10 saat untuk mengenalpasti sama ada mereka benar-benar kaya.

“Madame” juga menawarkan nasihat tentang bagaimana kaedah berbual dengan lelaki asing bagi meyakinkan mereka untuk menghantar wang kepada ‘pelajarnya’ dan menjaga keluarga mereka.

Wanita itu menawarkan nasihat ringkas dan umum secara percuma, namun bagi mereka yang mahukan taktik lebih berkesan hendaklah melanggan pakej VIP dengan membayar yuran langganan.

Seorang wanita bertanya kepadanya sama ada dia boleh mempunyai “kik” atau “kekasih rahsia” kerana suaminya sering bertugas di luar kawasan dan memberikannya wang yang sedikit.

“Madame” menjawab bahawa dia tidak akan memberi nasihat kepada wanita yang sudah berkahwin kerana perbuatan itu berdosa kerana menipu dan mendapatkan wang daripada lelaki lain walaupun sudah mempunyai suami.

Ditanya mengenai butiran lanjut tentang kes yang berjaya, “Madame” menjawab bahawa wanita yang telah berkahwin dan hidup bahagia dengan pasangan mereka tidak akan diganggu kerana menghormati privasi mereka.

Banyak wanita Thailand bertanya soalan di Facebook “Madame”. Dia hanya memberikan balasan pendek dan memberitahu agar mereka melanggan akses VIP. – The Nation/Asia News Network
Sumber: Mstar



Sumber 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQt9AD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya

Itulah artikel 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/5000-lelaki-sudah-tertewas-madame-tawar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "5000 lelaki sudah tertewas, Madame tawar pakej vip cara pikat lelaki kaya"

Catat Ulasan

Loading...