Tajuk : Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung
link : Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung
Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung
Menjelang hari raya Aidilfitri, pulang ke kampung halaman adalah momen paling di nanti buat semua warga kota.
Begitu juga penyanyi Adira Suhaimi tambahan sambutan tahun ini pasti berbeza buatnya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu, kerana pertama kali membawa buah hati mereka, Anggerik pulang ke kampungnya di Ranau, Sabah.
Menurut ibu berusia 25 tahun ini, dalam keterujaan dia juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan sekiranya anak sulungnya itu meragam dalam perjalanan.
“Tahun ini tahun pertama beraya dengan baby. Sebenarnya saya risau juga sebab hendak bawa Anggerik pertama kali naik kapal terbang. Kalau sekarang un, saya bawa dia keluar jalan-jalan, dia macam terkejut.
“Risau juga lah kalau-kalau dalam perjalanan, dia meragam sebab dia belum biasa lagi perjalanan yang jauh. Tambahan, dari lapangan terbang hendak sampai ke kampung saya, mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Tapi saya harap dia okay,” kata Adira yang akan bercuti raya selama dua minggu.
Mengenai persiapan pula, Adira berkata, setiap tahun dia dan keluarga meraikan Syawal secara sederhana namun cukup meriah.
“Di kampung, selalunya ibu sayalah yang akan siapkan semua untuk menyambut raya. Kami adik beradik tolong apa yang patut seperti memasak juadah.
“Dapat berkumpul bersama sanak saudara dan saling berkunjung memang terasa sangat meriah. Dan kebiasaannya hujung Syawal kami adakan rumah terbuka.
Sekembalinya ke Kuala Lumpur nanti, Adira akan sibuk dengan undangan persembahan dan merancang untuk muncul dengan single terbaru.
The post Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tL4Rcs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung
Anda sedang baca artikel Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/adira-risau-anggerik-meragam-ketika.html
0 Response to "Adira Risau Anggerik Meragam Ketika Perjalanan Balik Kampung"
Catat Ulasan