Loading...
Tajuk : Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara
link : Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara
Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara
ARKIB : 26/07/2006
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR – Kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran prestasi teruk menduduki ranking ke-146 dunia sehinggakan mendapat perhatian dalam sidang Dewan Rakyat, 18 Julai lalu dijangka menemui ramuan terbaik tidak lama lagi.
Menurut sumber, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said akan menghadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan usaha menaikkan semula martabat bola sepak negara.
Kata sumber itu lagi, pertemuan penting antara Azalina dan Sultan Ahmad Shah lebih tertumpu bagi membincangkan usaha pihak kementerian untuk membantu FAM mengembalikan semula maruah bola sepak negara kembali dihormati di pentas dunia.
‘‘Azalina telah menyuarakan hasrat betapa pentingnya pertemuan itu untuk mendengar sendiri maklum balas daripada Presiden FAM berhubung kemerosotan bola sepak negara ketika ini,’’ kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Pada pertemuan yang sedang diatur itu, Azalina dijangka berbincang dan mengemukakan cadangan daripada kementeriannya mengenai langkah-langkah tertentu bagi membantu FAM memartabatkan semula maruah bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
Pertemuan Azalina dan Sultan Ahmad Shah diatur rentetan kecaman hebat ke atas FAM ekoran kemerosotan bola sepak negara yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat pada sidang Parlimen, 18 Julai lalu.
Pada sidang berkenaan, anggota Parlimen Kabalakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh menggesa semua pemegang jawatan dalam FAM meletakkan jawatan serentak.
Abdul Ghafur berkata, mereka patut berbuat demikian berikutan prestasi teruk pasukan bola sepak negara yang menduduki ranking ke-146 dunia dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Malah, Ghafur menambah, prestasi pasukan bola sepak negara ketika ini amat memalukan dan mencadangkan supaya kepimpinan FAM dipindahkan kepada pasukan MyTeam (pasukan yang dibentuk dalam sebuah program televisyen) demi meningkatkan mutu sukan itu.
Ekoran daripada kritikan pedas itu, pelbagai pendapat dan cadangan telah dikemukakan untuk memartabatkan semula bola sepak negara di pentas dunia terutama pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2ukQT0f
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara
Itulah artikel Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ads-by-kiosked-azalina-menghadap-sultan.html
0 Response to "Ads by Kiosked Azalina menghadap Sultan Pahang -- Pertemuan sedang diatur bagi membincangkan usaha memartabatkan bola sepak negara"
Catat Ulasan