Loading...

Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah

Loading...
Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah
link : Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah

Baca juga


Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini bersama-sama lebih 17,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal.

Yang di-Pertuan Agong tiba di masjid itu pada kira-kira 8.30 pagi.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa , serta dif-dif kehormat.

Sultan Muhammad V dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Jamil Khir yang juga bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Seri Paduka kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah selepas solat sunat Aidilfitri bertajuk 'Erti Kemenangan di Idul Fitri' berkata kemenangan umat Islam meraikan Idul Fitri tidak bermakna ia adalah hari untuk meraikan pemergian bulan Ramadan.

Beliau berkata apa yang penting umat Islam harus memelihara konsistensi dalam mengamalkan segala kebaikan dan bersungguh-sungguh meninggalkan keburukan supaya tiada ruang lagi buat syaitan dan nafsu jahat memisahkan antara hak dan batil.

"Para ulama menegaskan bahawa mereka yang terus berusaha, bersabar dan istiqamah dalam mengekalkan amal soleh selepas Ramadan telah membuktikan penerimaan Allah SWT terhadap amalannya.

Antara amalan yang menunjukkan berhasilnya takwa seseorang itu ialah melakukan puasa sunat selama enam hari sama ada berturut-turut atau berselang-seli.

"Namun, usah dilupa setinggi mana pun kasih sayang dan kegembiraan yang ditunjukkan pada hari ini, jangan kita terlepas pandang kepada nasib saudara-mara kita yang masih kesedihan dengan kekurangan dan ujian ke atas mereka, hulurkanlah tangan membantu setakat kemampuan kita agar mereka juga tetap ceria di hari lebaran ini," katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir mengingatkan umat Islam agar memelihara adab sebagai seorang Muslim dalam konteks batasan pergaulan dengan yang bukan mahram dan berhibur dengan pelbagai program sehingga terleka dan mencacatkan kemuliaan bulan Syawal ini.

Beliau berkata Idul Fitri juga memberi peluang kepada umat Islam membina tautan kasih, iaitu melalui zakat fitrah dan zakat harta yang dibayar pada bulan Ramadan, keceriaan dan keriangan terpancar di wajah golongan fakir miskin untuk bersama-sama menyambut hari kemenangan ini.

Jamil Khir turut berterima kasih kepada institusi zakat seluruh negara yang telah menguruskan zakat umat Islam dengan cemerlang.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEuihl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah

Itulah artikel Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/agong-solat-aidilfitri-di-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 17,000 jemaah"

Catat Ulasan

Loading...