Tajuk : AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia
link : AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia
AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia
Pacquiao, satu-satunya petinju yang memenangi gelaran dalam lapan kelas, akan mempertahankan gelaran welterweight WBOnya menentang petinju Australia, Jeff Horn di Stadium Suncorp, Brisbane pada 2 Julai 2017.
Acara berkenaan merupakan perlawanan mempertahankan gelaran pertama sejak memenanginya dalam keputusan sebulat suara menentang petinju Amerika Jessie Vargas pada November 2016, menurut AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata Manny adalah inspirasi besar kepada Filipina dan seluruh Asean."Kami mahu menunjukkan bahawa rantau ini melahirkan juara dunia dan tiada yang lebih baik daripada Manny. Manny seperti AirAsia, mendaki ke puncak dan kekal di sana selepas bertahun-tahun melalui darah, peluh dan air mata, dan kami amat berbangga dapat menyokongnya sekali lagi. "
AirAsia akan menerbangkan Pacquiao dan pasukannya dari kem latihan mereka di General Santos City di Filipina ke Brisbane dengan pesawat Airbus A330.
Pesawat itu akan menampilkan imej petinju Filipina itu bersebelahan dengan logo Pacman dan Pound-for-Pound.
Juara welterweight dunia WBO, Manny Pacquiao berkata: "Sepanjang saya terlibat dalam acara tinju, saya tidak pernah bersemangat sebagaimana perlawanan ini. Perjanjian bersama AirAsia memberi dorongan berganda kepada saya.
"Menjalin pakatan dengan AirAsia menjadikannya lebih istimewa kerana kami diberikan penghormatan. Saya telah dipanggil Juara Rakyat dan AirAsia adalah syarikat penerbangan juara dunia, dan saya sangat berbangga untuk terbang dengan juara dunia Asean," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8PsFL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia
Anda sedang baca artikel AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/airasia-bawa-juara-tinju-manny-pacquiao.html
0 Response to "AirAsia bawa juara tinju Manny Pacquiao ke Australia untuk pertahan kejuaraan dunia"
Catat Ulasan