Loading...

Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..

Loading...
Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..
link : Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..

Baca juga


Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..


SHAH ALAM: Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek terbabit akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

"Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Sehubungan kes itu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman untuk membantu siasatan.

Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar UNITEN terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.

Sumber: Berita Harian 


Thus Article Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..

Itulah artikel Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/akhirnya-suspek-kes-kematian-pelajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini.."

Catat Ulasan

Loading...