Loading...

Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Loading...
Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat
link : Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Baca juga


Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

BUAT pertama kalinya, penyanyi, Ernie Zakri berbesar hati apabila dapat meraikan 30 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari menerusi majlis berbuka puasa bersama ahli kelab peminatnya, Ernienators.

Katanya, program amal itu dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dengan kerjasama Adabi yang diadakan di perkarangan Mydin Mall USJ Mydin, baru-baru ini.

“Biasanya, saya memang akan melakukan pelbagai aktiviti bersama kelab peminat.

“Tiada tujuan lain ia hanyalah untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

“Tapi, untuk kali ini, selain mengadakan aktiviti berbuka puasa, saya fikir tiada salahnya untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan ini,” katanya pada Media Hiburan.

Selain berbuka puasa, Ernie dan 27 ahli kelab peminatnya juga sama-sama turun padang melayan karenah dan kemahuan anak-anak yatim menerusi program ‘charity shopping’ bagi membeli baju raya masing-masing.

“Saya dan ahli kelab peminat tampil sebagai sukarelawan membantu anak-anak yatim ini.

“Jujurnya, kita seronok melayan anak-anak kecil ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, penyanyi meningkat naik, Shiha Zikir turut menyertai program amal itu.

Bantu golongan memerlukan

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi Mydin, Sabariah Mohd berkata, program sehari suntuk ini merupakan kerjasama pertama di antara Mydin dan Adabi.

Katanya, kerjasama itu bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di samping meneruskan tradisi kepada kerja-kerja kebajikan, pada setiap tahun.

“Tujuan utama kita hanyalah mahu membuat orang rasa gembira.

“Bahkan, Mydin juga sentiasa terbuka menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Kita berusaha membantu seramai mungkin golongan memerlukan lagi pula pada bulan yang mulia ini,” katanya

Katanya, menerusi program charity shopping, Mydin memperuntukkan RM120 seorang untuk semua anak-anak yatim berusia 4 sehingga 16 tahun itu.

“Kita bukan saja dibantu oleh kakitangan Mydin tetapi juga membabitkan sukarelawan luar seperti Ernie dan kelab peminatnya serta Shiha.

“Mereka akan membantu memilih kelengkapan pakaian raya seperti baju Melayu, baju kurung, tudung dan sebagainya mengikut bajet yang ditetapkan.

“Bahkan, Anak-anak yatim ini juga menerima bantuan duit raya daripada Adabi,” katanya.

Selain sumbangan baju raya dan duit raya, katanya, hasil kerjasama itu turut membabitkan pengagihan lebih 6500 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung pasar raya itu dan penduduk di sekitarnya.

“Kita sudah membuat persediaan untuk memasak bubur lambuk sejak awal pagi dan ia mengambil masa selama dua jam untuk disiapkan.

“Program itu melibatkan hampir 100 orang, terdiri daripada kakitangan Mydin, Adabi, jemaah masjid dan komuniti dari Subang Jaya. Proses pengagihan pula dilakukan bermula jam 3 petang.

“Makanan selalunya berjaya membuat orang happy. Lagipun, bulan puasa ini sememangnya sinonim bubur lambuk, jadi menerusi program ini kita lihat semua masyarakat bersatu,” katanya.

The post Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smSmWR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Itulah artikel Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/aktiviti-ramadan-ernie-bersama-peminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat"

Catat Ulasan

Loading...