Loading...

‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’

Loading...
‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’
link : ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’

Baca juga


‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’

Aku isteri pertama. Ya, suami aku ada dua isteri. Isteri yang kedua memang lebih cantik dan muda dari aku. Hati aku? Tak dapat aku nak gambarkan bagaimana. 
Ada aku 5 orang anak, semuanya comel-comel dan bijak pandai. Suami aku baru saja bernikah dengan madu aku itu setahun yang lalu. Ya, aku tahu, aku sendiri menerima dengan hati yang terbuka. Dari mereka buat maksiat di belakang aku, lebih baik aku izinkan mereka berkahwin. 
Aku tak tahu sakitnya seperti ini, sungguh aku tak tahu. Terasa sakit sangat-sangat walaupun aku tahu aku sendiri yang mengizinkan dia berkahwin lagi. Tetapi.. 
Ya, madu aku itu sedang mengandung sekarang. Dia muda dan masih belajar di IPT lagi. Aku? Dulu belajar madrasah saja. Aku tahu yang aku tak berapa pandai jika nak dibandingkan dengan dia. 
Aku lahirkan anak-anak aku secara czer, yang terakhir ini aku dah ikat sebab doktor kata bahaya untuk rahim aku. Anak bongsu berusia 2 tahun, comel sangat. Aku sayang anak-anak aku. 
Tetapi sejak kebelakangan ini, suami aku buat perangai pelik. Dia tak berapa nak menghiraukan aku, mungkin sebab madu aku tengah mengandung. Tetapi aku perlukan perhatian juga dari dia. Dia kerap ke rumah sana sahaja sampaikan anak-anak aku dah mula bertanya. 
“Ummi! Abiy mana?” 
Apa aku nak jawab? 
“Abiy kerja dengan mommy di luar,” jawabku. 
Anak-anak aku memang kenal dengan madu aku ini. 
Aku sedih bila mana melihat madu aku memuat naik gambar sweet-sweet dengan suami aku. Seronok aku tengok tetapi air mata aku jatuh. Aku sedih, aku rindukan suami aku yang lalu, yang selalu ada dengan aku. Mana dia pergi? Kalau siapa-siapa jumpa, beritahu dia yang aku rindukan dia. 
Aku masih ingat lagi, masa awal perkahwinan kami, dia hanya ada motosikal sahaja. Dari kena berhenti kerja sehinggalah dah ada kerja. Dulu tak ada bisnes, sekarang dah ada bisnes sendiri. Aku tersenyum bila teringat semula kenangan kami bersama. 
“Agak-agaknya Abiy ingat tak semua itu ye?” 
Ya, madu aku sama, pakai niqab dan budak UIA. Aku tahu dia baik, tetapi hati aku ini kenapa tak baik-baik? Aku cuba redha, berdoa agar Allah kuatkan aku. 
Aku ingat lagi yang suami pernah berkata,
“Saya takkan menduakan awak. Hanya awak yang saya sayangi dan bersama sampai bila-bila,” katanya. 
Tetapi, selepas rahim aku diikat dan tidak dapat mengandung, dia seperti sudah tidak mahu bersama aku. Dia tahu yang aku perlukan suami di sisi, mungkin dia sudah terlupa. Balik rumah dan jenguk anak-anak pun dah jarang. 
Hari ini ulangtahun perkahwinan kita, abang tak wish apa pun. Bila tengok di Facebook abang, abang upload gambar pergi makan dengan dia. Happynya abang. Takpelah, mungkin abang terlupa kan? Manalah tahu kejap lagi abang balik dan beri surprise pada sayang kan? Tak sabarnya. Hihihi! 
Abang, ingat lagi tak dulu kita naik motosikal bersama-sama sampai anak 2 orang. Berpanas, berhujan, kita redah saja. Abang ingat tak yang dulu kita pergi zoo bawa anak-anak. Kita ambil gambar bersama-sama. Abang ingat tak? Kita gelakkan Iman sebab dia kena kejar dengan monyet itu. Lawak kan abang? 
Mana abang yang dulu? Saya rindukan abang yang dulu. Kalau ada sesiapa yang jumpa suami saya, suruhlah dia balik, saya rindu.
Ingat tak dulu setiap kali abang demam, abang minta saya masak bubur. Abang kata bubur yang saya masak sedap. Kalau abang tak sihat, abang baliklah ye. Saya akan masakkan untuk abang. Abang makanlah berapa banyak yang abang mahu. Biar gemuk. Hihihi!
Abang, saya rindu. Raya pun abang beraya dengan dia. Saya tak marah, cuma rindu. Saya tahu abang selalu marah pada saya sebab saya suka membebel. Saya selalu merajuk, menangis, saya janji tak buat lagi. Abang baliklah.
Saya kasihan tengok anak-anak, saya sedih tengok anak-anak asyik bertanya tentang abang. Baju raya abang pun tak sempat pakai, masih tergantung dalam almari. 
Kalau abang dah tak marah, abang balik ye. Kalau Intan ada baca ini, suruhlah abang balik. Kakak rindu, anak-anak pun rindu. Kakak tak marah Intan dan abang. 

Kalau ada yang jumpa suami aku, suruh dia balik. Kami tunggu. – Insan Pilu | PIXEL MEDIA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6iFNC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’

Itulah artikel ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/aku-redha-dia-kahwin-lagi-tetapi-aku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Aku Redha Dia Kahwin Lagi, Tetapi Aku Terasa Sakit’"

Catat Ulasan

Loading...